Wednesday, August 25, 2010

gbe - lagu tentang percaya

kadang2 hidup sendirian di atas muka bumi ini;
begitu menakutkan
begitu menyeramkan

kadang2 bila kita rasa semua org ada ramai di keliling kita
berapa org yang perasan sebenarnya kita derita?

terlalu susah untuk hidup sekarang
tersalah percaya--
hah, habis kau diserang

kepercayaan itu sebenarnya sudah ilusi
dalam dunia ini--
kita sendiri

sendiri

tapi di sekali-sekala yang bila kita sudah berikan hati kita
kita rasakan
"hey, yang ini memang aku boleh percaya"
"aku begitu percaya"

diambilnya hati tadi
dan dibelah2 dikerat mati
dibiarkan kita terus sendiri
terbengkalai sendirian lagi

maka bagaimana untuk kita percayakan pada dunia
bila dunia selalu membelakangkan kita?
lalu bagaimana kita mahu terus hidup
bila tidak ada sesiapa yang mahu memujuk kita--
--di saat derita
--bila kita gelita?

lalu aku katakan pada diri yang dunia ini memang sebenarnya begitu jahat
aku hilang kemanusiaan dalam diri
aku biarkan benci terpahat

aku pandang semua dan aku kata
"tak akan ada yang ku percaya"
"yang pergi semua terkenang"

lalu sebelum dunia memaling pada aku,
aku palingkan pada dunia itu
sebelum orang menghancurkan aku,
aku hancurkan dia dulu

aku mengharap pada dunia akan terus pejus dan terus mati
tapi di dalam;
aku sendiri

kita sebenarnya bencikan sesuatu kerana kita terlalu cinta
tapi apalah makna cinta bila tidak ada yang mahu menjaganya?




bilamana kepercayaan sudah habis dalam diri. bilamana hati sudah mula memberi salam pergi kepada bohong2 dunia. terima kasih faan dan wan atas kimia yang kalian kongsikan sama aku. terima kasih kerana tidak pernah tidak berkongsi euforia bunyi kamu2. video sedang dimuatnaik. buat sementara, sila klik sini.

Monday, July 19, 2010

ijab dan kabul iii

malam-malam dahulu yang biasa mengkejami sunyi kamarku
dan siang-siang itu yang selalu menjahati sepi jalanku,
berjagalah;
--muncul sudah pelengkap jiwa, si laksamana hatiku,
meneman gering dan kering aku, memimpin senyum dan tawa aku.


pantun2 serangkap yang pernah aku titip pada mereka2 yang mahu untuk hari dimeterai janji perkahwinannya. gunalah selagi mahu.

Sunday, July 18, 2010

ijab dan kabul ii

terjelas kenapa aku sentiasa diseorangkan tuhan,
sedari dahulu bersunyi di hati meski dikerumun ramai,
demi ditemukan dua kita yang selalu sesat dalam berjalan;

semoga ke bila-bila --biar nyawa memenggal kita berderai.


pantun2 serangkap yang pernah aku titip pada mereka2 yang mahu untuk hari dimeterai janji perkahwinannya. gunalah selagi mahu.

Saturday, July 17, 2010

ijab dan kabul

bila purnama itu kosong tanpa bintangnya
seperti mana mentari itu tawar tanpa hangatnya;
begitulah kita diikatrapat termaktub berdua.
semoga lama ke tua kita --terus ke syurga.


pantun2 serangkap yang pernah aku titip pada mereka2 yang mahu untuk hari dimeterai janji perkahwinannya. gunalah selagi mahu.

Thursday, June 03, 2010

garing

hati aku garing terjemur dek bohong engkau,
selamat terus menerik,
berbahagialah dan berjoget-joget.

esok hujan datang,
baru kau reti merasa kuyup.

Thursday, May 13, 2010

rupa-rupa

dia tersenyap di gigi kali --
ah rupa2nya, katanya.
rupa2nya.

dia terduduk di tinggung kaki --
ah rupa2nya, katanya.
rupa2nya.

betapa menyenyapkan
betapa mendudukkan
betapa meralatkan
betapa mengesalkan.

berjalan sudah separuh bumi
baru tersedar ada yang tinggal.

rupa2nya.
ah.
rupa2nya.

ini tentang menyedari akan sesuatu tapi selepas terlalu lama tidak diperasankan. hendak patah balik, tak tahu sempat, tak tahu untung tak tahu rugi. lalu apa yang patut dibuat? cuma duduk dan diam saja, kan? :)

Wednesday, May 05, 2010

kemanusiaan

kemanusiaan sebenarnya sudah lama habis
jiwa2 sebenarnya sudah terlalu banyak menangis
kita hidup dalam pembohongan kita hidup dalam kelalaian
kita kata kita bersatu untuk sesuatu yang bernama perjuangan

kita malu untuk mengaku
setiap yang terjadi ini sudah pun dirancangkan
kita malu untuk mengatakan
setiap ini sebenarnya satu permainan

kita suruh anak2 kita pergi berperang
tanpa senjata bagaimana mau berjuang
disedekahkan anak2 kita pada satu ideologi
tapi bisikkan ke telinga ini apa itu yang kau namakan seni

kemanusiaan sudah lama tewas
kita ketawa tetapi dalam hati sangat panas
sudah tidak ada apa yang lagi mau kita katakan harapan2
sudah tidak ada apa lagi semua itu, tuan2 puan2

kita cuma ada mimpi kosong yang akan nyata
cuma ada suatu yang kita nyanyikan sebagai pujangga
hey anak2 muda bangkit dan bangun sekarang
kita mampu menang walau tanpa senjata berjuang

tuhan itu sudah menjanjikan keadilan
dia sudah katakan dia yang maha mendengar maha mengasiahan

engkau cuma bangkit dan berdiri
cuma bangkit dan berdiri
minta apa saja kan diberikan semua
itu senjata kita
itu senjata kita
itu senjata kita

kemanusiaan takkan pernah ada
kalau kita bertopengkan binatang sahaja
kemanusiaan takkan ada
kalau kita cuma mahu hidup sendirian sahaja
sendirian sahaja
apa itu manusia kalau hidupnya ifrad sahaja
ifrad sahaja
ifrad sahaja

manusia,
kita harus bersama

bersama.


untuk video, klik sini. untuk malam puisi riong. antara memori yang tak mahu aku lupa. tentang kemanusiaan yang dilakon2 oleh rata2 manusia dewasa ini. saya bukan tidak sokong 1malaysia, tapi saya rasa itu semua tidak lebih dari olok2 saja.

notakaki: ifrad di situ saya maksudkan mufrad yakni individualistik

Thursday, April 29, 2010

embun

embun yang meneman aku sejak tadi malam
sudah mengering dan bertebaran kembali ke langit subuh.

takkan ku rindu.

kerna aku pasti, malam nanti akan datang semula
pada aku menjadi embun meneman lagi jiwaku yang rapuh.

Thursday, April 08, 2010

permata jarum

butir2 yang seolahnya permata terjelas
meluncur dengan deru paling buas;
tidak dizahir secara terus dan terus
cuma terperasankan bila diperhati.

bintil2 yang sepertinya jarum tertajam
menikam dengan pantas paling kejam;
tidak dinampak secara terus dan terus
cuma terperasankan bila diamati.

sesuatu yang tersungguh jujur
takkan terpandangkan walau sekelibat.
ikhlas tak pernah berkembar masyhur
sampai mati pun tak dibiar terlihat.

Tuesday, April 06, 2010

Thursday, March 04, 2010

"biar"

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti


untuk lelaki yang menjadikan aku aku. kerana cintanya. kerana marahnya. kerana sempurnanya. abah. lagu di tepi.

Tuesday, February 09, 2010

untuk sang malam

malam2 yang panjang
malam2 yang takkan habis;
khabarkan mana dia menghilang
lihatkan aku melutut mengemis

duhai malam, usah dengki
pulangkanlah dia kembali
ku tenggelam dalam sunyi
tanpa dia kamarku berduri

malam2 yang kejam
malam2 yang tak duli inginku;
bilah rindu yang terlalu tajam
kini rancak meratahi sisaku

duhai malam, lekas pergi
apa lagi hendak kau beri?
cukup kelam, cukup ngeri
gerun sungguh hidup bersendiri

seribu tahun mampu aku tunggu
tapi seribu tahun itu tak ada padaku
apa dia teguh di muka pintu
mengharapkan aku
memintakan aku--

seperti aku.

Thursday, January 21, 2010

mustahaknya

bersuaralah;

walau bila yang mampu
cuma diolah dari linang yang lalu.
mustahaknya;
disuara.

di apa jua bahasa terluahkan,
bersuaralah;

walau bila yang mampu
cuma diolah dari linang yang lalu.
mustahaknya;
disuara.

Tuesday, January 19, 2010

seratus lima puluh juta

untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”

di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:

“dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya--

aku lagi kenal dia”

dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"

di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--

saya kenal sayang saya”

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa

rahsia kita berdua



kerana apa yang kita rasa tidak ada perlu diheboh2 pada mereka2 yang mungkin lebih memilih untuk tidak mengerti. lagu ada di sisip tepi. tidak siap lagi. :)

Saturday, December 26, 2009

kalau pun pasti

kalau pun belikatmu terbina dari waja
takkan nadimu sekadar berengsel besi;
pasti ada
walau sedikit mana--
sesuatu yang meraksa tubuh kukuhmu.

kalau pun hakikatmu teradun sempurna
takkan jantungmu tak cemar dek duri;
pasti ada
walau sedikit mana--
sesuatu yang memaksa jatuh tegakmu.

kasilah bagilah seembun jadilah
aku sunyi mengesak seorang.

Tuesday, December 15, 2009

sampai tua

kasih
kesatkanlah airmata
ku dah tiba

kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita

kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap berpimpinan berdua

sampai tua
aku ada
sampai tua

takkan ku takut


hazrilfitri arjuna jiwa aku, semoga aku hidup dengan sumpah ini dalam jantung aku. biar apa saja datang hari ini, berhabis besoknya, tetap aku ada, untuk sesuatu yang akan datang hari depan2nya. selagi diizin tuhan, semoga ke tua cinta ini.

lagu ada di sisip tepi. (mungkin tidak lama, kerana masih belum siap)

Monday, November 16, 2009

jenguk jengah intai lihat

minta dijengukkan sang aku ini
sekala sekali di bila-bila yang disudi.
minta dijengahkan tanpa benci
sekala sekali di masa-masa yang dibagi.

minta diintaikan apakala sempat
sekala sekali di detik-detik yang dapat.
minta dilihatkan aku yang memayat
sekala sekali di waktu-waktu yang geliat.

takut-takut sudah membusuk bangkai aku
tak terperasan dek mata kamu
yang disibuk cahaya baru.

bila di masa yang dijengukjengahkan;
semoga ia adalah pada datangnya gelap malam rawan.
kerna detik di waktu itu janganlah diintailihatkan
bersuluh suriamu menjelas pandangan.

cukup-cukuplah seluruh alam menzikirpuji dia
mengkebumi aku sebelum mati.

Friday, October 30, 2009

no more

there was once a little girl
living in a paper house
but oh she’s happy in her world
dancing with her torn up blouse

there was once a little boy
who had the stars as his own roof
and oh he’s one with all the joy
he never cared to fix his goof

twirl, baby, twirl
fly, baby, high
go on, soar
once more

somehow they found each other’s hand
never did they let them go
silent songs filled up the land
with melodies only they know

somehow the jealous wind went mad
and stirred a storm between those two
they lost the only thing they had
without the chance to bid adieu

twirl, baby, twirl
fly, baby, high
like before
once more

isn’t it cruel?
isn’t it cruel?
isn’t it cruel?
isn’t it cruel?

they are happy no more
they know joy no more
they can dance no more
they will sing no more

no more
no more
no more
no more

cause they've no joy afterall.

kau tidak mungkin tahu betapa bolongnya engkau selagi kau belum rasa penuh. dengarkan rintih sunyi. lagu ada di sisi kiri ini.

Tuesday, October 06, 2009

titah suruh

dipelanting, diperhambat dan diperasak;
tertitah untuk berkelana
perintah sampai selamanya.

diperosok, dipaksakan dan diperhenyak;
tersuruh untuk menerima
menjauh sampai bila-bila.

titahlah suruhlah
seling sekali cambuk duri berbisa jengking
titahlah suruhlah
bubuh sekali kapak karat yang lapar daging

tercerai jasad cuma
bukan ruhnya.
bukan ruhnya.

Thursday, September 10, 2009

purnama tak berbaki

subuh sudah mula habis
mata jangan menangis;
biar pagi datang.

mereka yang terawang
ada tak berbayang;
biar dia pergi.

sepurnama tak berbaki
kembali ke kamar sepi;
biar tuhan jaga.

untuk yang rindu dia
di sini menunggu kita;
biar satu hari.

biar pagi datang
biar dia pergi
biar tuhan jaga
biar satu hari
tempoh ini balik ke tangan
bermereka berpimpinan
demi pelukan kabus-kabus
demi indah mengongsi hembus.

aku ada sebab sendiri kenapa ada sedikit aku yang benci pagi raya.
mak akan dipanggil pulang semula. untuk setahun lama.
cepatlah ramadhan, pulang pada genggam aku.
aku rindu dia.

Wednesday, September 09, 2009

rapat

ketika beliung sedang memecut ke arah mari
aku renung padanya tajam sambil menghirup nafas sedalam2.

aku hitung satu sehingga tiga.
kaki sudah benam di tanah peroi.
kepal sudah keras di tepi belikat.
gigit sudah ketap di pangkal lidah.

rapat.
sini rapat.

sedia. dugaan takkan berhenti ketuk pintu engkau.

Saturday, August 29, 2009

biar jiwa

kau bikinku gigit bibir sendiri
lamakah lagi kita sepi?
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini?

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

berkaliku mintakan dari dulu
usah kau tunggu ucap itu
berkaliku bisikkan pada kamu
usah kau buntu aku milikmu

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati

tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara

biar
biar
biar jiwa
bersuara

not everyone are blessed with the ability to express. so why wont we just let everything but the lips speak up? and oh. song's at the side bar.

Friday, August 28, 2009

kemudian

kemudian datang hati pecah;

mintakan darinya apologi yang terpaling
dan senyumkan segala hamun yang diasak

perlu apa dihujah;
kau memang bajingan.

Tuesday, August 25, 2009

di

di teriakan cello yang dipanah pendek-pendek
seperti kiraan guru tari bharatnayam yang terpejam-pejam
di degup bunyi yang dihingar pantas-pantas

aku sesak nafas.

kerana di antara cello yang dipanah pendek-pendek
seperti kiraan guru tari bharatnayam yang terpejam-pejam
di degup bunyi yang dihingar pantas-pantas

ada kau melintas.

Wednesday, August 12, 2009

kalau cuma

dia tarik tangannya
terbang terus ke langit

bersamanya
sambil menjerit

padanya:
engkau cukup tidak, sayang;

kalau
cuma yang ada
cuma kita dua?

Friday, August 07, 2009

demi

demi malam yang mungkin tidak sempat habis,
demi siang yang mungkin tidak sempat sampai,

sudah-sudahlah.

Friday, July 10, 2009

airmata kering

kerak bedak di pipi
aku biar
sampai kau pulang
satu hari nanti.

Sunday, July 05, 2009

apa manusia

bila yang termampu adalah meludah
bila yang tertunggu cuma memuntah
bila yang termangu hanyalah masalah

isi perut
isi mulut
membusut

bagai nanah, ia sekadar menunggu hari
bagai bisul, ia sentiasa dibencigeli.

---

untuk saat-saat itu
yang terludahkan
yang termuntahkan
yang tertunggukan

untuk saat-saat itu
yang dikenang dan dirindu
yang dijulang dan diseteru

akan suatu masa dahulu
pernah aku seorang manusia
yang sememangnya manusia

harus ditahu
seindahciptanya kita
terbancuh hanyir pada dalamnya.

no one is THAT blessed for perfection. love all your pain today. you'd be surprised how beautiful you'd turn out in the future. insyaAllah.

Wednesday, June 24, 2009

ilmu nombor

lima ratus tujuh puluh empat langkah
ke arah selatan
selepas empat puluh enam langkah
kau hayunkan
sejak orakan pertama kau ambil tadi.

satu ratus lapan puluh dua hentak
jantung dipaksa
melebihi jumlah sepatutnya hentak
kiraan biasa
sejak kosa terakhir kau ucap tadi.

sebelas juta empat ratus tiga puluh empat ribu
tujuh ratus enam puluh lima saat sudah berlalu
tapi daya belum ada untuk aku langkah sekali
hentak belum mampu untuk aku suruh berhenti.

sial.
kalaulah tidak aku cerdik ilmu nombor,
pasti tidak secair ini aku lebur.

Sunday, June 21, 2009

then she

then she cries herself to sleep
like the thousand nights before
though she knows she's in too deep
she is strong for millions more

then she sings a melody
of her heartbreaks and burning thorns
and she hums them truthfully
there the silence heard her mourns

is there anyone out there?
would you lie to her you care?

oh cruel, cruel nights
she thinks you are her only friend
don't you give ways for the lights
she found comfort in your hand

then she smiles to greet her dreams
if only life would be as kind
with bunny rains and milky streams
cherry kisses and chocolate buns

then she prays to never wake up
cause her shivers wont stop the dawn
she fills her tears in a cup
and drinks them all while she mourns

is there anyone out there?
would you lie to me you care?

sesuatu yang aku bikin, tentang kesunyian malam. untuk mendengarnya, sila tekan butang play di tingkap sisi tangan kiri kamu.

Friday, June 19, 2009

benci

bencinya setiap kali melihat
bencinya setiap kali kau mendapat --
walau sekadar senyuman, aku benci
apatah lagi bila kau tidak reti--
menyimpan walau senyuman

kalau ku dapatkan
akan aku simpan di dalam kotak kecil
dan kotak itu akan aku tanamkan.

bencinya melihat
bencinya melihat

melihat kau--
dipuja dia
dirangkul si dia
dipegang si dia
dimanja si dia
dibelai si dia
dipuji dipuja
dimanja segala.

benci
benci

kekasih seumpama itu sepatutnya kau tatangkan sampai ke awan biru
sepatutnya setiap inci kulit itu kau bau dan kau simpan ke mana-mana pergimu

bencinya melihat kamu dikasih disayang
bencinya aku melihat kamu kerana aku mau dipegang
sebegitu indahnya sebegitu rasanya
sebegitu mencinta sebegitu rasanya


***


hey manusia, kau terlalu jauh walhal sejengkal jarak kita
hey manusia, lihatkan aku lihat depang ini terbuka
di suatu masa yang kamu dibuang ke kiri kanan sini sana
aku sudi mengambilmu walau di celah mana-mana

aku ingin engkau melihat aku tapi tembok tinggi mengekang jiwaku
aku mau dilihat sebagaimana kau melihat
aku ingin dipegang sebagaimana kau memegang

aku ingin dicinta
tapi kau bukan milik saya
milik saya
milik saya
milik saya

benci
benci
benci


ku bunuh dia malam ini




aku curi kisah seorang audien siang itu ketika di 3 venus. ditulis rahsianya dalam nota kecil, tanpa nama: "aku mencintai kekasih teman aku sendiri. dan dia sangat dekat, sekarang ini". dem. aku suka. untuk video, ke sini.

puisi ini terbahagi pada tiga bahagian. pertama: dialamatkan untuk si-bertuah-mendapat-manusia-yang-kita-puja. kedua: dialamatkan untuk
manusia-yang-kita-puja. ketiga: dialamatkan untuk diri sendiri. *senyum*

Thursday, June 18, 2009

cerita anak kecil dalam jamban

ini kisah tentang seorang perempuan
seorang gadis yang masa itu masih kecil dan perawan
pejamkan mata dan bayangkan saja situasinya berada
di dalam suatu tempat kecil
terpuruk
yang kau namakan jamban

aku tidak tahu tentang kamu-kamu
aku tidak tahu apa cerita kamu
tapi ini cerita aku, maka dengarkan
ambil mata kamu dan paku

dengar cerita aku disuatu masa
ketika dahulu di suatu masa
mengangis sendiri di suatu masa
tentang diri sendiri di suatu masa

aku dibesarkan dimanja, disayang
aku dibesarkan dengan segala rasa
aku dibesarkan dengan penuh cinta
aku dibesarkan biasa saja

ayahbonda, kenapa bohong?
kenapa engkau hendak bohong?
dulu dikata akulah raja puteri jelita
sekalian rakyat jelata akan mencemburui jiwa aku

tapi ayahbonda,
dunia tidak mahukan jiwa aku!

yang dihendakkan cuma
wajah dan rupa saja
wahai ayahbonda,
kenapa engkau bohong saya?

aku dibesarkan sebagai seorang gadis
yang gemuk, pendek, busuk, tak cerdik
aku dikatakan orang
"hey babi,
kenapa engkau sangat jelik?"

wahai ayahbonda, kenapa dibohong?
aku ini bukan di sini
tempat aku tak sepatutnya dibiarkan di luar pergi

aku patut disimpan di suatu tempat
di mana cuma ada ayah ibu
di mana mereka 'kan sayang aku
untuk siapa aku
untuk siapa aku

bila aku keluar, aku dikeji
bia aku di luar, aku dimaki
kerana yang dimahukan cuma wajah rupa seri

ayahbonda,
kenapa bohong saya?
ayahbonda,
kenapa tak cerita?

dunia tempat kejam
dunia macam-macam
depa tak suka saya
depa tak cinta saya

kenapa ayah?
kenapa bonda?
tak dikhabarkan tentang mereka-mereka
yang tak sukakan siapa saya
yang hendak dari dulu menjadi saya

mereka semua hendak saya
jadi cantik, badan jelita
tapi itu memang bukan saya
bukan saya
bukan saya

maka apakah aku harus pergi
duduk di rumah dan terus mati?
apakah aku tinggal di sini
tak akan pergi?
tak akan pergi?

dunia tempat kejam
dunia macam-macam
tapi jangan sedar dengarkan semua kata mereka

dunia memang kejam
dunia macam-macam
tapi janganlah engkau percaya kata mereka

biar kita begini saja;
buruk, gemuk,
besar, cantik.

biar saja diri kita;
cantik, molek,
hodoh, jelik.

siapa kita, itu kita
cinta saja jiwa kita
kalau mereka tak suka, pergi mampus!
tak apa.

tak apa
tak suka
tak apa

ini sisa-sisa rasa
rasa jiwa yang luka




kalau jamban boleh bercakap, aku rasa, banyak rahsia kita akan dibongkar. cermin jamban banyak berjasa pada aku. mungkin tidak pada orang lain. aku tidak tahu. dengar puisi ini di sini.

Wednesday, June 17, 2009

over

what more do you want to hear from me?
is there anything you wish to see?
a joke? a laugh? a smile? a cry?
a scream? a song? a lullaby?

see i know we are not who we were
i live in denial, remember?
so please don't ask me to open my eyes
don't wanna wake up and realize--

the honeymoon's over
that i should better
be mature.

i'm sorry i do not know what to say
do understand i'm breaking, but hey
when you tell me that you are leaving
don't think i did not see it coming

see, of course i saw we no longer
having stuff we enjoy together
but can we play along our part
and not parade this change of heart?

are you really sure
that we off better
and over?

what more can i say when you wish to leave today
i wont break down now and burst
but --
would you like to have one last breakfast?

jgn risau. ini cuma lagu yang saya bikin dengan ukulele hadiah dari suami saya.
:)

Thursday, May 21, 2009

minta sesaat lagi

minta sesaat lagi,
kerana seluruh nafas
selama hidup
telah tertumpah dan terbazir.

minta sesaat lagi,
supaya sempat
aku redhakan
satu persatu getir.

minta sesaat lagi,
untuk aku maknakan
sia-sia nyawaku
dahulu.

minta sesaat lagi,
kau perlu tahu
milik siapa sebenarnya
hati aku.

i wrote this last year, with an imagination of a couple living in denial coming clean

Tuesday, May 19, 2009

amuk gadis kerasukan

dia bergelut sama malam yang paling beku dan kejam,
dia bertangkis sama subuh yang paling menghambur,
dia nekad.

dia berebut sama siang yang paling terik dan mengancam,
dia berpengkes sama setiaphari-setiaphari yang paling menghancur,
dia nekad.

harimau, naga dan rajawali pun tidak mampu menggodak tekadnya.
dia mahu merempuh gunung batu dan menapak di muka air laut beracun.
dia hendak menempik pada bongkas ais yang sedang bersedia untuk jatuh ke tulang rusuknya.
ini amuk yang menakutkan, wahai tuan-tuan, sepanjang kurun.

sehinggalah dilayangkan sebutir itu yang seperti bayu bening
pantas ke pipinya yang begitu mulus tapi tidak kering dek air mata.

ah.
betapa dia benci di setiap terletaknya bibir si lelaki itu di permukaan antara hujung mata dan bibirnya,
semuanya kembali menjadi sentosa.

celaka.

Tuesday, May 12, 2009

selamat hari ibu.

bunyi mendesir diterpanggangnya bawang putih
harum membersin ditertumisnya rencah lada kering
telah lama mati sekali dengan terkatupnya dapur.

aku tersedar untuk kali ke lapan ribu,
bunda sudah lama berumah di kubur.

Saturday, May 09, 2009

maaf lagi dan lagi

maaf,
tidak aku tidak lagi
punya hati lagi.

maaf,
memang aku memang lagi
punya pacar gelap lagi.

terjumpa puisi lama dalam draft.



Thursday, May 07, 2009

semboyan

lagu ini adalah untuk kita semua dengarkan beramai-ramai
lagu ini adalah untuk kita dengarkan dan ambil perhatian
lagu ini untuk kita bangkitkan
lagu ini untuk kita jeritkan

lagu ini aku hendak panggilkan suatu semboyan

untuk sesiapa yang pernah hidup merasa ditekan, merasa dikambus
untuk sesiapa yang pernah mati bukan sekali berkali-kali

wahai kawan-kawan,
wahai pakcik-pakcik,
wahai makcik-makcik,
wahai tuan-tuan;

pernahkah kamu merasakan apa di dalam hati yang kau tekankan?
berapa ramai manusia ada di keliling kamu membeda-beda?

"siapa yang itu?
"
"siapa yang ini?"
"siapa yang sana?"
"siapa di sini?"

kau rasakan begitu marah
kau rasakan sudah tak gagah
kau rasakan sangat sedih
kau rasakan sangat pedih
buka langkah jalan megah
jangan gentar halilintar

buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut

buka mata buka telinga
dengar saja suara kita
kadang-kadang kita rasakan
semua yang telah kita lakukan
sudah terlalu sempurna --

tapi kenapa saja
mengapa saja
selalu salah di mata mereka?

kita katakan kita mahu ini
kita katakan kita mahu itu
tapi aku hendak tanya kenapa cuma di dalam hati kamu?

wahai semua, bangkit sekarang!
sampai bila hendak kalah di perang?

bila-bila akan mati
tapi adakah hari ini?
buka langkah jalan megah
jangan gentar halilintar
buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut

buka langkah jalan megah
jangan gentar halilintar
buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut

buka mata dan telinga
jangan takut pada semua
buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut




puisi ini adalah untuk kita2 yang pengecut untuk menjadi apa yang kita mahu jadi. lagu ini adalah hasil kimia saya, tri, syafiq dan wani ardy yang tidak tidur sepanjang malam melayan denting ini. karya ini benar2 karib dengan kami. untuk video, klik sini.

Wednesday, May 06, 2009

telah juga sudah selesai

hey kekasih, lihat sini di jari aku ada apa
ini hati engkau yang semalam kau pesan
untuk aku perhati hati-hati dan jaga-jaga;

dan itu, telah aku lakukan.

hey kekasih, mari sini rapat sedikit pada aku
ini masih berdarah, katamu, baru dikeluarkan
untuk aku pertonton tiap saat peliharakan itu;

dan itu, telah juga aku lakukan.

hey kekasih, dekat sini kerana aku ada tanya
inikah hati engkau yang masih merah 'tuk disimpan
untuk aku perhati pertonton buat selama-lama?

kerana itu, telah juga sudah aku lakukan.

hey kekasih, jawab sini dan jangan engkau kaku
ini yang kau sebut suci demiku apakah mainan
untuk aku kau olok-olok, bodoh-bodoh, batu-batu?

kerana itu, telah juga sudah selesai aku lakukan.

ini di jari aku bukan hati merah berdarah suci
cuma tembikar, bersalut getah manggis warnanya.
lihat sini, mari sini, dekat sini, jawab sini;

kerana setelah sudah selesai aku lakukan semua,
ku mahu tahu mana sebenarnya kau punya hati.

Friday, April 24, 2009

hey raju

ambil deterjen ini, hey raju,
dan sental kulitmu sampai terhakis,
kerana kau lebih bacin dari baju
yang terbiar dalam besen berbau kudis.

biar tersiat kulitmu, hey raju,
abaikan pedas air kimia menghiris,
akan padam sumpahan warnamu,
yang dicetak-sebar anjing prejudis.

selagi hitam, keling, kerinting,
tetap tak akan kau penting,
hey raju.

ini puisi penuh sarkasme untuk meluah bagaimana pun jiwa kita, wajah juga yang dipandang pertama.

Monday, April 20, 2009

a trip to pekan

it all began on one beautiful morning
when i went to town with abah and emak,
how excited i was to follow this outing,
we went to pekan, oh what a luck.

we were only orang kampung, you see,
and going out to town would be bliss,
abah said, "this is for your khatam ngaji",
he sealed his words with a long deep kiss.

i know he loved me most of all his children,
cause abah never did the same to others,
or maybe because i'm his last of seven,
or cause i'm the only girl among the brothers.

emak always tells me what abah used to do
to get a daughter long before i was born,
he followed petua and borrowed senduk sudu
from houses with many daughters, not sons.

how i laugh every time i hear this,
knowing abah did all sorts of sayings
just to have me, a little girl of his,
emak said, "you are his favourite darling".

we went by a trishaw after breakfast,
emak made banana cucur that morning,
but chores were given to my brothers first,
so when we go, they'd be busy with things.

i slept and woke from time to time,
felt so bored of the very long journey,
abah's voice sounded like wind chime,
emak stroke my hair listening attentively.

the sun on our forehead welcomed us
as we arrived at the heart of the pekan,
i was very excited, i can't believe there i was,
first time in twelve years, oh such fun!

i remember when the mat saleh were here,
people were divided by race and traits,
kampung was the place for malay culture
while chinese in towns and indians in estate.

i couldn't understand much until now,
why the separations had ever been made up,
why can't i still look for berudu with ah chow,
and trap wak-wak together behind the shrub?

i do remember crying when chow waved at me,
abah hugged chow's father, emak shed her tears too,
they are moving to the town to reunite with family
with no promises to return to kampung hulu.

abah said the mat saleh had planned for us well
and that i am too young to understand,
but i think i would, if one would tell,
so i could accept the fact of losing a friend.

the town was not like my kampung,
people were frowning at all times here,
some were standing, some just cangkung,
abah looked at me, "don't go near".

so we went walking towards the shops,
i wished to buy a scarf with big flowers,
everywhere i could see only backdrops
and walls of words pasted with posters.

'melayu sudah jatoh', 'ini cina punya tempat',
i stared at abah with puzzles and a bit of fear,
abah kept quiet and now emak played her part,
"adik, this is kerja lelaki, don't interfere".

we stopped at this one kedai kopi and sat down,
the lunch was silent until abah addressed me,
"'i'm going to the dewan there near that lawn,
you go with emak, buy a scarf for khatam ngaji".

then he went after paying for our nasi and his rokok
to the hall with long cloth spelling a gathering,
the building was filled with men with tilted songkok,
leaving me and emak for times for shopping.

most kedai were chinese and were everywhere,
i did try to smile but all i could was just grin,
why aren't they nice like chow and treat us fair,
they glared at us like we've committed sin!

emak never let my hand go for a long time,
she brought me to this small kedai kain,
and showed me scarves of green like lime,
to bright red ones, even those with sequins.

but none had captured my eyes or mind,
i was curious of what was happening,
how could ever people live here in fine,
with all puckered brow and their gawping?

i saw a school across the road and asked myself,
"could chow be studying in that yellow school?"
he was one of the finest when he went and left,
he helped my kira-kira work by che-gu abdul.

suddenly i missed chow and all our childhood,
emak was busy selecting with the shopkeeper,
so i slipped off my my hands as polite as i could,
and stand gazing memories i wish to remember.

like there were times when we played upih pinang,
when he pulled the pinang leaf strong, i fell,
or when we climbed trees to scream our lungs,
and times i got bantai, only to him i would tell.

"chow is in this pekan", i recall abah said,
"but it would be impossible to reach his family,
and by the time i'm done, it would be late,
plus i forgot to bring their address with me.

i paid emak few glimpses from time to another,
she gave me those look which asked "which one?"
the only thing right now i think i would prefer
is nothing but to tour all over this pekan.

after a while emak came with scarves she bought,
"we'll find yours in the next shop if you want"
instead i told her i want to walk along the lot,
so she clicked her tongue and expressed her grunt.

i looked down and scratched the soil with my selipar,
hope emak would feel bad and then allow me,
but she said to me, "you want abah's penampar?"
so i smiled and shook my head, i said "sorry".

two hours passed, i started to get exhauseted,
i hope emak is done buying stuff and groceries,
after all those shops, she gave no signs of getting tired,
but she permitted me to go to the stall under the trees.

"air soya satu", i asked the chinese vendor,
and there it was, the soy drink and him,
the teen of my age was still holding the order,
with me blinking my eyes to confirm the dream.

chow didn't recognize me in the first sight,
but i did, thanks to his mole under his left eyes,
'twas my best aim everytime i picked on a fight
cause he hated it, so i'd win over his cry.

but that day his mole made him attractive,
he looked much different after all these years,
i called emak out, but she was far to notice,
hence i let her be while i stayed across here.

i asked so many questions with sparks on my face,
yet he kept so low, i couldn't reach to my friend,
he chose to shut his mouth or spoke of no grace,
i was so frustrated, i passed the drink back to his hand.

when i turned my back to walk away from chow,
he shouted my name but i cared not to answer,
he came in front and said "we cant be friends now"
tears stung my eyes and heart all together.

i gave chow a sharp look with full of disgust,
"my father said malays are bad", said he as a start,
"i know your abah too said the same about us,
here, right now, everything had became so hard"

i hated him even more now that he accused abah,
chow was no longer my dear friend protecting me,
then i gawked at his face, oh i wish i could belasah,
i shouted, "you changed a lot, lee chow yee!!!"

i ran as fast as i could to emak with teary eyes,
i pulled her hands from whatever she was doing,
emak understood as she saw chow and my cries,
she followed my steps, wherever they were going.

suddenly emak asked me to stop and just settle
at a wooden bench a bit far from the dewan,
she sat down and took my hands like a throttle
while i kept chanting chow acted like setan.

"why?" i asked helplessly, questioning my mother,
"it's hal orang tua, so let us not meddle"
the answer made me frustrated and angrier,
"then why did chow made me feel like puddle?"

silence lingered for quite a while, yet it felt like heaven,
we let our hearts spoke to our minds to console,
as harsh wind kissed my face, i was saddened,
i lost a beautiful childhood friend with a mole.

"it's like abah and you", emak said abruptly,
"do you know how envious your brothers are?"
i squinted my eyes, listening to her religiously,
"cause in abah's eyes, you are his shining star"

i kept quiet and waited for more from her,
but emak kept caressing my face nonetheless,
"children would always compete one another,
fighting for attention to be the very best"

"when each other is special with his own qualities,
why bother fighting on who's winning your father"
i saw emak was very calm when she said this,
yet i dared not say anything to interrupt her.

"chinese and malays are not in good terms now"
i twisted my head to the voice from my back,
"we should not be feisty now should we ever bow,
but this this is our land, we have to protect.

we went back after abah bought me a scarf to be worn
on kenduri khatam, and i wish for peace on that day,
luckily the adat would be held on the day i was born,
on a summer in 1969, a kenduri doa on thirteenth may.

an assignment i did during my graduate studies to depict may 13th, 1969. i was 0.5 shy from perfect score. i loved the class.

Wednesday, April 15, 2009

jijik

lalu aku rasa jijik dengan diri sendiri.

dan aku mual melihat wajah;
aku rasa sudah mati sebelum mati.

Saturday, April 04, 2009

dialog sama lelaki comot

seorang lelaki berwajah sangat kusam
dia mampir kepada aku di suatu waktu di satu malam
lelaki itu sangat kusut
lelaki itu berserabut

lelaki yang sangat kusut dan masai itu
datang ke arahku mau menceritakan sesuatu
dia jalan dengan lenggang-lenggok yang sangat kekok dan canggung
berkata, “aku sedang murung”

lalu aku tanyakan,
“kenapa hey orang lelaki yang benar busuk dan canggung,
kenapa kau bermenung?”

dia katakan,
“aku ini sedang menangis
ingin menceritakan tentang kekasih yang mengguris”

aku tanyakan tentang gadis itu,
“hey lelaki tua yang canggung dan buruk,
apa cerita kamu?”

dia katakan,
“bidadari itu rupanya batu–

terindah itu dia
ketika aku petik dia dari langit jingga
terindah itu dia
saat dimainkan nafasnya di minda”

“hey orang lelaki,
apa yang terjadi pada itu bidadari?”

dan dia katakan,
“si gadis itu sebenarnya bukannya sesiapa
cuba batu di tepi jalan yang bersepah merata”

aku tanya,
“hey lelaki apa ceritanya?
khabarkan pada aku,
katanya itu bidadari?
katanya bagai tuhanmu?”

lalu lelaki itu katakan,
“itu semua dulu
itu semua dulu–

terindah itu dia
di kala dia bukan siapa-siapa
terindah itu dia
sebelum ku kenal jiwanya siapa”

“hey lelaki yang comot dan canggung,
dengarlah aku bersuara–
kalau ada cinta yang dipanggil langit sana
itu namanya cinta gila
tidak mungkin ada
itu semua idea saja
tidak pernah ada –

mana ada cinta bidadari
mana ada cinta yang tidak akan bertepi
kita semua manusia–

itu semua gila belaka
gila dan tidak ada makna–

apa kau kejar?
apa yang kau carikan?
itu semua suatu yang tidak ada–

hey orang gila dengar sini
aku juga gila
aku juga gila–

cinta aku tidak pernah ada
bidadari aku tidak pernah ada–

terindah–
ku pernah punya;

tapi–
mana ada…”





tentang pertemuan seorang gila, berbicara sama seorang lagi yang gila, tentang cinta langit yang terlalu digembar-gemburkan ada. untuk video, klik ini.

Friday, March 27, 2009

semalam pagi

balang-balang kaca ini aku susun
agar dapat diasing-asing anggota badan
yang sudah bercerai semalam pagi
ketika siang berwarna jingga kemerahan.

bahu lutut kuku dan belikat
tersepah-sepah dan memelanting
seperti usus jantung peparu
berberai cerai di tertiupnya seruling.

kiamat datang dulu untuk aku.
semalam pagi
ketika siang berwarna jingga kemerahan.

kiamat telah datang pada aku
semalam pagi
ketika kau pulang mendakap tuhan.

ever feel YOU are the one dead when someone else actually did?

Monday, March 23, 2009

oh nahas.

apa yang tersorok di angkasa jiwa aku
sedang merangkak-rangkak keluar
dan memucuk wujud.

oh nahas.
pasti terlihat.

Wednesday, February 25, 2009

pejam bohong.

pejam.
dan semua akan aman.

bohong.

Friday, February 20, 2009

bangkit.

bulan matahari dibubuh dalam kocek
pelangi bintang disembunyi dalam laci
hati jantung disusun atas pinggan
nyawa jiwa diperaga atas almari.

mimpi sudah habis.
ayam sudah kokok.

bangkit.

Tuesday, February 17, 2009

betul kebetulan

aku cuma menghirup nafas berdebu di tayar teksi-teksi kota,
ketika kau melintas di depan jejari rambut di untai mata.

persis kebetulan ketika kau lihat aku dari semalam sentiasa ada,
tidak sengaja.
tidak sengaja.

Monday, February 16, 2009

tingkap kecil

pasti engkau sedang merenung tingkau engkau
yang sudah tidak ada seseorang mengetuk-ngetuk kacanya

pasti engkau sedang merenung lampu tidur engkau yang berdiam
dan kau tertanya-tanya "mengapa terus diam?"

pasti engkau sedang bertanya,
ke mana silap engkau?
ke mana salahnya?

pasti engkau sedang menghitung setiap khilaf engkau
yang bisa engkau pusingkan kembali
untuk mencantasnya dan menciptakan sesuatu semula

kelip-kelip,
pergikan pada dia
dan ceritakan tentang saya

tingkap kecil itu
yang memisahkan engkau dan aku

masih ingatkah engkau ketika berbaring di kamar kamu?
masih ingatkah engkau jari aku mengituk-ngituk kaca itu?

tingkap kecil,
saksikan aku mengerdil

aku ingin kembali di bawah itu
takkan ku jejakkan kaki ke tingkap itu
biarkan dia sendiri dengan kabus biru

tidak semua cinta itu
akan berakhir di dalam rangkul 'engkau dan aku'

maka tingkap kecil dudukkan kau di situ
dan bisikkan pada dia
aku tidak akan lagi berada di depan sana
mengetuk-ngetuk untuk berbicara sama dia

wahai tingkap kecil,
diam saja
meski pun airmata dia
menghulur dan menghunus jiwa saya

hai tingkap kecil, diamkan saja
kalau ditanya di mana aku wahai tingkap kecil, biarkan saja
cinta ini antara aku dan dia tidak mungkin, tidak mungkin saja

wahai tingkap kecil, diamkan
kalau ditanya, kau diamkan
kalau ditengking, engkau biarkan
kalau dipecah pun, diamkan!

tidak semua cinta itu akan menjadi nyata
tidak semua rasa di dalam hati menjadi milik beta
aku serahkan jiwa aku pada angin bayu malam itu
nyawa aku dimamah lagu yang sayu

diamkan
diamkan
diamkan

biarkan dia dengan kunang-kunang itu
biarkan dia tidur tiada aku.

pejam mata. fikir ttg seseorang yang cintanya tidak bisa kau simpulkan. dengarkan suara hati kamu, klik sini.

Tuesday, February 10, 2009

kemam

aku kemam rasa ini,
supaya tidak
mati emak dan bapak.

aku kemam rasa ini.
supaya berkerak
biar berkeladak.

luah ludah telan simpan,
sama.

ditelan mati emak, diluah mati bapak. bagaimana hendak ditimbangtara, agaknya.

Saturday, January 31, 2009

suamiku dan musiknya

seperti membiar ikan berenang cetek,
melihat lelaki itu yang tanpa musiknya,
semacam sekadar merenung helang diikat kaki,
keterbatasan memijak tekak dari bersuara.

maka bagaimana hendak aku bisikkan pada dia yang aku rindu sama bunyi-bunyinya,
yang aku laparkan gemersik suara dia menderai malam-malam seperti dulu-dulu,
aku secara bersihnya tidak tahu.

dunia sudah minum dia sampai kering.
yang aku ini terpaksa berebut-rebut untuk meneguk dia.
kasihan benar, wahai kekasih beta.
keji benar sekalian maya dan raga.

aku pujuk tuhan agar dikembali-hidupkan,
semoga dia semula elektris mempesona,
sebab dia memang ikan di laut lepas.
dermaga, air dan ombak besar adalah jiwa dia.

dunia,
jangan ratah lagi suami aku.
kasihan dia.

i realized sometimes, i talk in poetry. so this is generated from my everyday blog.

sepatah

duduk.
diam.
percaya.
pejam.

anak.
bunda.
tua.
semua.

minum.
makan.
atap.
pakaian.

lebur.
hancur.
lecur.
sayur.

acu.
picu.
tegak.
tembak.

peluru.
tusuk.
bedil.
cucuk.

siat.
koyak.
kunyah.
henyak.

hisap.
sedut.
ratah.
nyonyot.

makan.
baham.
mentekedarah.
mencurah-curah.

rentap.
rogol.
perkosa.
bacol!!!

*diam*

simpati.
tangisan.
empati.
kasihan.

kita.
duduk.
diam.
peruk.

kita boleh. boleh tengok. semua rintih kasihan. tapi itulah. sekadar rasa. bukan kau. aku juga. tuhan. maaf kami ini masih tidak ada mampunya.

Monday, January 26, 2009

diam

life goes by
sky will cry
the rain passes by

it's broken
it's frozen

senyum tawar
mata sasar
gelak dipaksakan

hati ini --
keras
batuan

kau angkatkan tangan
kau alamatkan pada tuhan
kau tanyakan dan tanyakan
kenapa. mengapa.

redha itu suatu perkataan
yang kau zikirkan
semata-mata untuk tenangkan hati kawan

kau katakan kau pasrah
kau katakan kau serah
tapi tuhan kenal engkau!

kau baling semua rahmat, hadiah, cinta Dia
dan kau bandingkan sama hidup kawan
kenapa. mengapa.
cuma dia.
bukan aku, hai tuhan?

murahnya bicara
apakah berharga syiling semata?

kau berikan rumah-rumah
-- ini orang syurga
-- ini orang neraka
kau katakan dengan bangga

tuhan ada di atas, di bawah, di kanan kiri
di mana-mana
siapa engkau bertanyakan aku?
ini aku sama tuhan aku.

mulut, senyumlah
mata, teranglah

lakonkan tari zapin depan kawan-kawan
jadilah siapa yang mereka mahukan
tapi di dalam hati nanti
kamu tanyakan sama tuhan:

"apa lagi yang kurang, tuhan?"
"apa lagi yang belum aku lakukan?"

jangan kau sebut nama tuhan aku
jangan kau laung tuhan aku
usah kau dengarkan semua lagu

hancur.

kalau di hati tiada ikhlasnya,
kalau di hati tiada jujurnya,
diam.





a turning point in my life, i guess.
just another phase in my life.
video here.

Wednesday, January 21, 2009

maafkan

mungkin aku ini terlalu sasar bahasanya
tapi hey, takkan kau tak kenal aku?
aku ni kan perempuan gila

yang di kadangkala aku ini melepaskan semua
yang di kadangkala aku marah dan makikan segala
dan di kadangkala aku katakan perkara yang aku tidak katakan di dalam hati aku
sku kan begini memang si bodoh itu

adik!
kalau kau minta bulan yang terang
bilang saja akan aku terbang sekarang
dan akan ku petik bintang itu bersama bulan
menjadikan kerongsang di bajumu

di hari itu
bersama kita berdua sebelum ku katakan nista
yang merenggut hati engkau

kalaulah aku mampu ulang semula hari itu

kadangkala aku fikirkan semua yang kita harung bersama
kadangkala aku merasa tidakkah kau kenal aku siapa?

kalau kau mahu bintang di awan
akan ku ambilkan
kau timangkan

kita hanya berdua
berdua tanpa bunda

maafkan
maafkan
maafkan
maafkan

adinda beta,
maafkan





rantai 2008. teringat achik. sebulan tak bercakap. syukur. sebab sekarang dah okay. kita selalu bertekak, kan, chik? tapi awak takkan dapat kakak yang lebih sayang awak berbanding angah, tau. tongong.

video di sini.

Tuesday, January 20, 2009

anak alam

lahir di antara garing hujan
yang jatuh di lembar lalang
di malam paling beku tahun itu.

dibidankan sinaran bulan
yang terngongoi mendodoi sayang
di keseorangan bayi tak beribu.

angin kencang menjadi perisai
yang melaknat jahat anasir
di jiwa sesiapa yang berniat.

namun ada serigala menyeringai
yang menunggu detik memetir
di kelalaian alam melihat.

Wednesday, January 07, 2009

algojo

anak-anak halus di tanah kontang itu memang harus mati.
patut mati dan dibiarkan tidak bernyawa.

ibu-ibu mereka yang menangis itu juga memang harus mati.
patut mati dan dibiarkan tidak bernyawa.

orang-orang tua yang sudah ganyut memang harus mati.
patut mati dan dibiarkan tidak bernyawa.

arjuna-arjuna yang longlai kelemahan sudah memang harus mati.
patut mati dan dibiarkan tidak bernyawa.

lalu biar tangan aku ini yang mengambil setiapnya,
nyawa-nyawa yang memang harus mati itu,
kalau pun hidup tiada jawab untuk kenapa,
patutkan matinya, sentapkan nyawanya biru.

biar aku jadi algojonya.
biar aku.

gaza, sabar, sayang.

Saturday, January 03, 2009

minum aku

seperti tercairnya bongkah batu dingin di kaca minummu,
itu aku,
dikalah dek panas bahang pancaran kerling mata itu.

maka minum jiwaku.

Monday, December 29, 2008

sendiri kecuali

disebat birat di likat pekat malam dakwat,
dan tetap, pekik lolong meraung menggaung semata,
dengan tiada telinga menangkap serap menghinggap deria.

dia sendiri.

digelegak ke kerak kepala ke hilang serak suara,
dan tetap, jerit rayu sayu mendayunya ditelan dunia,
dengan tiada mata menoleh memboleh simpati rasa.

dia sendiri.

hilang gemilang terbilang dahulu megahnya,
kerna di situ, di bawah itu bersatu dengan batu,
dengan tiada telinga dan mata memberi bantu.

dia sendiri.

sendiri,
kecuali dengan tuhannya.

Sunday, December 28, 2008

sebentar

sebentar.
aku sedang memenuhkan gelas di tanganmu
dengan secamca lagi air jiwa ini
supaya dapat kau gemerincingkan ketika kalian
mengucap selamat cinta di teduhan bahagia
di terlaganya gelas-gelas itu nanti.

sebentar.
sedikit saja lagi perlu aku perahkan untukmu
dan pasti habis juga setiap mimpi
yang pernah kita lorekkan di tinggi awan
nan dahulu meredup keji dusta dunia
yang rupanya sememangnya kau sendiri.

sebentar.
bila penuh gelas ini dengan peluh nyawaku
mulakanlah doa dikekal al-rabbi
usah dirisau campingku di tulang rawan
di sini teratur manusia menanti saya
percayalah, aku tidak mungkin mati.

sebentar.
bertahun telah aku sebentarkan sabar.
sekarang aku bilang,
sebentar.

imaginasikan kamu sedang bikin toast untuk kekasih lama kamu dengan kekasih barunya. pedih.

Thursday, December 18, 2008

aku ada tongkat sakti

aku ada tongkat sakti,
diberi ikhlas sang dewi,
tapi cuma ada satu
hajat dikenan untuk aku.

aku ada tongkat sakti,
semua mau tumpang turi,
diceceh kisah sedih belaka,
hidup siksa rasa neraka.

aku ada tongkat sakti,
siapa harus aku membagi?
kalau ranapnya sama,
siapa layak siapa agaknya?

aku ada tongkat sakti,
maka harus berhati-hati,
ku ukur siapa sahabat aku,
ku timbang juga seteru-seteru.

aku ada tongkat sakti,
hendak adil, serasa mati,
diunjuk si polan, si dia sayu
dihulur si dia, si polan rayu.

aku ada tongkat sakti,
ku buatkan hajat diri sendiri,
"berikan bahagia semua jelata,
biar sentosa, biar saksama"

aku ada tongkat sakti,
namun mungkin tiada sakti,
kerana yang jadi tetap tiada,
masih yang sama, masih yang sama.

"aku ada tongkat sakti...
apakah aku ditipu sang pari?"
dia muncul dan memancar jelas
menghalus bahasa, memberi balas.

"ku beri engkau tongkat sakti,
kau minta itu, ku telah beri,
bahagia itu pada setiap pagi,
yang tidak tuhan biar kau mati"

nota kaki:
tumpang turi = menumpang tuah

Monday, December 01, 2008

kalaulah

kalaulah
ada perkataan yang lebih cantik dari indah
mau aku pinjam dan tampalkan di wajah.

kalaulah
dapat aku kisahkan dari hati yang bahagia
rasa penuh, rasa sempurna dengan adanya mereka

kalaulah
bisa difaham bahasa mata yang sedang berbual
akan aku sekadar senyum, melambai selamat tinggal

the hoppers & ahli muzik

Tuesday, November 25, 2008

bulan remuk

kapas-kapas yang berapung di gigi bulan
sedang beramai-ramai menanamnya
dari pandangan mata jelas manusia di malam sunyi.

namun airmata si bulat terlalu banyak
membanjir sehingga sarat kapas-kapas itu
tidak mampu menampung diri sendiri.

hati yang remuk, akan terlihat,
meski kau titahkan dunia membantu
menguburkan setiap titis menyimbah bumi.

Saturday, November 22, 2008

sudilah

sudikah pinjamkan runcing-runcing jari itu
untuk kau kesatkan juntai sisa di bibir aku?

sudikah kau kemaskan rambut di ubunku
bila kau lihat mata ini mula mengelabu?

sudikah berikan bahumu memancang dahiku
untuk ku sandarkan di keluarnya bulan biru?

sudikah kau temankan aku di setiap subuhmu
bila aku bisikkan betapa aku membutuh kamu?

sudilah.
ke sinilah.
bibir aku masih comot menunggu jarimu.

Thursday, November 20, 2008

minta yang akhir

dukung aku ke langit pagi
ketika jalak masih belum bangkit
papah aku ke situ, kekasih
di antara angin, di belakang bukit.

dengan aku di rangkul kamu
kuiskan namaku bertaut engkau
di atas tanah polos segoyah kita
ibarat indah semalam dijangkau.

selimut aku yang tak sudi pulang
dengan daun dan ranting kayu
yang nanti kau patah kembali
tanpa aku di tolehan jemalamu

biar aku semadi di sini sehingga tamat
dengan tanah polos dan rantingnya
yang pernah meneman aku seketika
dahulu yang ku caturkan selamanya

Tuesday, November 18, 2008

arjuna mimpi

mengapa sekadar jeling kalau hendak kau sulam bibir itu dengan simpul?
mengapa cuma merenung kalau hanya kau kuncikan gempita suara itu?
mengapa sanggup berbicara lewat hati tanpa dihulur anggukan salam?
mengapa perlu diketap mungil delima tanpa kau pamer teres gigimu?

mengapa tampal diri engkau di situ sedang aku menunggu saatnya
yang engkau soalkan wujud seorang aku yang sekian menanti kamu.

arjuna mimpi,
mampirlah.

tanya nama aku.

Friday, November 14, 2008

merbahaya

kekasih,
ribut sedang menyanyi zikir rahsia kita,
maka ayuh tanggalkan bajumu dan goncangkan tumit-tumit itu,
dan bernyanyi bersamanya.

kekasih,
taufan sedang mendodoi irama sunyi-sunyi kita,
maka ayuh capaikan akar-akar kayu dan petikkan lagu itu,
dan bergoyang bersamanya.

kekasih,
beliung sedang membisik suara diam-diam kita,
maka ayuh panjatkan pohon tertinggi dan jeritkan ritma itu,
dan berlaung bersamanya.

cinta ini terlalu merbahaya untuk dicanang-canang orang.
sudikah bernyanyi, bergoyang, berjerit bersamanya?

Monday, November 10, 2008

lengkap

suara falsetto kamu,
jemari di gitar itu,
gelengan bertempo laju,
lagu indah merdu.

lengkap.

Saturday, November 08, 2008

bakar diri

dan kau mintakan aku membakar diri menerang malammu yang sangat gelita,
dek takutkan jembalang yang tidak penat mengganggumu setiap malam dan siangnya.

tidakkah kau kenal aku.

kerna perlu apa kau tanya-tanyakan izin dari aku ini, wahai kekasih jiwa,
nan terdehem sedikit pun sudah pasti aku berlari merempuh langit petala.

tidakkah kau tahu aku.

dan padanlah sama yakin wajahku yang sudah siap berkeris menjaga,
rupanya ku bakar diri aku ini buat menyuluh cinta engkau dan dia.

hendak pulang

mari larutkan tubuh dalam bancuhan awan
dan hilangkan likat dosa yang terlalu sebati
semoga hanyirnya hilang tersagat ribut
dalam terbangnya ke langit nanti.

mari semadikan urat dalam kerikil tanah
dan kejutkan tengkuk yang terlalu longlai
semoga sentaknya merenjat setiap deria
dalam bergoncangnya sedar nan terabai.

betapa terhanyut seorang aku.
hendak pulang, tapi malu.

Wednesday, November 05, 2008

ke hadapan bintang jatuh

ke hadapan bintang jatuh,
kau nampak tidak anak itu sedang hampir-hampir terbunuh?
iya, dia itu yang sedang menangis di tepi tangga batu
iya, dia itu yang sedang sendirian tersedu-sedu.

dia tu sangat-sangat kasihan
di dunia ini dia rasakan, “aduh, aku sangat sendirian”
tidak ada sahabat, tidak ada kawan
kerana baginya dia langsung tidak reti berteman.

wahai bintang, aku ada bicara.
mahukah kau dengarkan andainya aku mau untuk bersuara?
janganlah jatuh dulu, nanti-nantilah dulu
ada pesan aku mau kirimkan lewat suara kamu.

anak itu tidak tahu bagaimana untuk bangkit dan ketawa
kerana apa yang dilihatnya lucu tidak pula di mata mereka
dia percaya pada kisah pari-pari dan kayangan
dia sanggup percaya setiap perkara itu adanya kemungkinan.

maka mana mungkin ada yang mahu mengerti
hatinya terlalu murni, pastilah ramai yang akan benci
dia dihina kerana percaya akan sesuatu yang bernama cinta
dia diolok-olok, dia dibobrok-bobrok, dia dimain-main kerana cinta.

lalu bintang jatuh, pergikan padanya dengan halus dan hati-hati
kisahkan ceritaku ini agar dia mengerti
yang sebenarnya bukan dia yg pelik dan songsang
cuma dunia yang bodoh kerana sudah berhenti memandang

bintang jatuh, perlahanlah!
jangan sampai kau mencecah
bintang jatuh, kisahkanlah!
ke matanya yang membasah

katakan padanya semua itu memang biasa
ceritakan juga tentang bundanya
juga suara ayahandanya yang dulu pernah diludah-ludah
mereka dibaling batu, dikeji-keji, dimarah-marah

hembuskan ke dalam hati anak itu yang sudah mula dingin
siulkan petik gitar ayahnya lewat suara angin
dan nyanyikan suara bundanya ini lewat guruh
bilang padanya “teruskan yakin kamu anak, biarkan bergaduh!"

"kerana kalau difikirkan orang, sampai bila
kalau difikirkan hati orang, cis! takkan kemana!
sesungguhnya manusia itu bagaikan serigala
sekali kau suapkan jiwa kamu, sampai bila-bila mau selama-lamanya"

bintang jatuh, perlahanlah!
jangan sampai kau mencecah
bintang jatuh, kisahkanlah!
ke matanya yang membasah





untuk mendengar lagunya, mari sini. maaf, kualitinya jauh dari sempurna. musik tidak berapa kedengaran. kepada yg datang secara live, akan kedengaran beda.

Wednesday, October 22, 2008

simpan pegang seranah caci

aku simpan seranahmu dalam liang telinga
dengan harap yang aku gunungkan dari sebutir zarah hati,
semoga diciptakan tuhan suatu hari nanti untuk aku
ambilkan semula dan paksa kau jilat kembali.

aku pegang cacianmu dalam salur kerongkong
dengan mimpi yang aku campingkan dari secebis ngilu,
semoga dikenankan tuhan suatu hari nanti untuk engkau
dapatkan semula dan kunyah setiap satu persatu.

kerana bahasamu yang kau pinjam dari iblis itu,
terlalu indah bunyinya sehinggakan aku mahu sekali
simpankan dan pegangkan sehingga suatu masa
yang kau jilat dan kunyahkan dengan hina.

kerana aku tidak reti untuk mati,
semata2 untuk lidah yang kau sewa dari neraka.

kerana aku tidak akan mahu mati,
selagi yang benar tidak memberi aku syurga.

pernah tak bila kau dimaki orang, yang kau sudah tidak mampu lagi utk berbuat apa2, yang kau senyum sahaja dan terbayangkan di suatu hari nanti bila si mulut cacar itu terpaksa menelan semula bahasanya? oh betapa indah hari kebenaran terongkar.

Wednesday, October 08, 2008

belum upaya

duhai tuhanku,
pegangkan jemari itu,
bantu pimpin dia ke pehamu.

besarkan dia,
perhatikan sentiasa,
elokkan andai ada buruknya.

mungkin juga,
kau ambil dia,
kerana aku ini masih belum upaya.

Wednesday, September 10, 2008

derita puteri

disebut suatu ketika dahulu
akan sang puteri ditawan seteru,
disabit direnyah leher puteranya
dibalukan dia dek syaitan durjana.

terpaksakan olehnya binatang itu
diranap persalinan diratah jitu,
tersiat mahkotanya, disentap paksa
dibiar meraung tak siapa kuasa.

dan datang purnama pergi berlalu
puteri merasa pinggangnya biru,
degup di dalamnya ada manusia
namun soalnya benih siapa?

andai punyanya kekasih dulu
jadilah cukup meneman sayu,
kalaulah pula bangsat yang punya
hendak ditikam mati sahaja.

bagaimana jua nan puteri itu
ditunggu nanti, arang mengabu,
aduhai tuan, kasihan dia
apa nasibnya, apa nasibnya.

tentu elok.

membilang sempurna dalam rusuk kamu,
melukis nama pada langit biru,
mengukir takdir di balik bibir itu;

tiada tentu.

menyerah semata pada yang esa,
menerima segala dalam buta-buta,
memasrah subuh tanpa usaha;

tiada eloknya.

matilah dalam perang,
dari terkencing menunggu parang.

Saturday, August 16, 2008

budak sunyi dan pari-parinya

sumpahkan aku ke sana
hidup bersama
mati berdua

andaiku takdir di sini
rangkullah aku
peluklah aku

jangan kau puja
jangan kau hina
ikhlasku dan jujurku

jangan kau puja
jangan kau hina
ikhlasku dan jujurku

sempatkah aku ke sana
ku takut semua
hilang bernama

ambilku dan bawa lari
kerna ku takut
tiada lagi

hanya kerna cinta yang ini
aku berserah tinggi kepada-Mu

yang Maha Esa
ku butuh cinta dia

engkau yang Maha Esa
agungkan cinta ini

sumpahkan aku ke sana
hidup bersama
mati berdua

ambilku dan bawa lari
kerna ku takut
tiada lagi

jangan kau puja
jangan kau hina
ikhlasku dan jujurku

dan suatu hari nanti
akan tiba seorang
memuja cinta kamu
meminta hati kamu

rangkulkan hati itu
dan hulurkan pada Dia
tanya pada tuhan kamu
apakah dia untuk kamu?

lagu ini sebenarnya telah diberi pada saya oleh tri pada awal perkenalan. meminta saya dari tuhan, untuk dijadikan teman hidupnya. saya bilang, kun fayakun. jadi, maka jadilah. syukur, kami sudah di tahap ini. puisi ini adalah yang paling halus dalam hati saya. kerana ia dari suami saya. untuk bunyinya, tatap di sini.

kamu bisa

apa kau dengar suara aku di dalam hati ini merayu sendiri
memanggil-manggilmu

apa kau dapat dengar bisik hatiku memanggil kamu

memuja kamu

menyebut setiap hujung pangkal namamu


memanggil engkau untuk bangkit

dan terbang dengan sayap

menjadi seorang yang orang katakan “itu bukan kamu”

memanggil kamu untuk bangkit

dan mengangkat kaki ini melangkah

mengatakan “apa itu semua, walaupun bukan aku,

tetapi aku mampu menjadi semua itu”


lagu ini, anak2, untuk kalian dengarkan

untuk kalian ludahkan pada mereka yang katakan
kamu tidak bisa

kamu tidak mungkin boleh

kamu tidak akan bisa menjadi segala itu


angkatkan kaki kamu!

angkatkan tangan kamu
!
bangkit, kawanku!

bangkit!


bangkitlah!

rejam setiap sumpah seranah itu

ke muka mereka dan katakan

“aku bisa menjadi setiap itu”


pekakkan telinga kamu

jauhlah dari ketakutan


tuhan ada bersamamu, kawan


never let people tell you your own abilities. it's yours to decide. for viewing, click here.

Thursday, August 07, 2008

sembah rugi

ku lekap cuping di degup itu
dengan jemari menghalusi wajahnya,
ku lalukan hembus cinta salju
di setiap inci kulit gagah emasnya,
ku sembah sempurna tegapmu
mengorban raga untuk selamanya.

sayang sekali yang terdetak cuma
jantung itu yang menzikir dia.

Sunday, August 03, 2008

cinta peribadi

seurat ikal itu yang terlabuh di bahu kamu
telah aku ambil secara curi dan ku selit rapi
di celahan dada maka di saatnya ku rindu
dapat ku ambil secara peribadi dan ku puja sepi.

dalam terdekat ini akan aku diamkan engkau
di antara malam nan hanyut kamu di mimpi
kerana semoga itu lelap terakhir kau igau
dan betapa molek, tertamat dengan aku ini.

matilah di hujung kuku ini, kekasih.
dunia terlalu tidak memahami.

ever feel like having something only for yourselves?

Thursday, July 24, 2008

warkah

ku hantar warkah untuk tuhan
meminta untuk diputus nyawa
pada hari 'pasti-tertunaikan'.

rupanya tidak ditulis apa-apa.

Wednesday, July 23, 2008

minta pulangkan

setiap perca hati aku,
yang ditenyeh pijak
dikunyah henyak
disiat hancur
dicincang lebur;

minta pulangkan.

setiap titis airmataku,
yang dihirup kejam
diracun tajam
direnjis bazir
dimuntah hanyir,

minta pulangkan.

setiap degup jantung aku,
yang dicekik sesak
digilis lanyak
ditusuk hiris
dibiar sadis,

minta pulangkan.

sudah ada yang mahu mengutip
setiap perca hati aku
setiap titis airmataku
setiap degup jantung aku.

minta pulangkan.
tak tahu malu.

when you want to move on, and still people expect you to live and mourne. to hell with you.

Monday, July 21, 2008

madah si miskin dipinang kayangan

bingit menembus semesta
berdentum melahir gempita
ini bunyi sayap aku, hey kamu
tandanya aku menerbang lalu.

andai dulu aku diulat-ulatkan
hidup busuk menumpang menyegan
kini aku dijemput sang putera
jahitkan rahangmu, lihatkan beta.

adil tuhan terbukti pada aku
nan tercacai seranah dimalu-malu
inilah dia sahaya kau hinakan
dijemput naik bersanding di kayangan.

pandang kudaku bersayap indah
camping dahulu, sekarang megah
airmata dialir sudah membeku
kau tak layak memegang cintaku.

setiap henyak dikasi tuan
tak terbilang bak rintis hujan
setiap itu yang kau beri dulu
membalas ini, bahagia itu.

Sunday, July 06, 2008

puisi pinjam dari tuhan

sudah habis bahasa langit,
yang tinggal cuma sedikit,
tuhan, izinkan ku pinjam hartamu,
mengalung agung memuji dia itu.

hujan, titahkan anak-anak anda
menari bernyanyi di telinganya,
pelangi, jadilah jubahnya dipakai,
kasikan warnamu damai membelai.

sungai, semoga lalumu menghanyutkan
tepat rasa lalai yang begitu menggian,
kerikil, hembuskan gagahmu di hati,
ajar kami bertekun dalam cinta ini.

terlalu berlambak terbazirkan habisan
semua bahasa raga pada syaitan-syaitan,
yang tersisa ini terlalu picis dan biasa,
maka pejam matamu, tuhan sedang bantu saya.

suara hujan, pelangi, sungai dan kerikil
sedang meluah bisu aku yang terkebil.

apa kau dengar?
apa kau akan biar?

buat bakal teman hidup saya, hazrilfitri bin hadzir. semoga tidak berhenti cinta.

Tuesday, July 01, 2008

so, yeah.

so i've pasted my heart in your palm
though you've said you can't hold it long
but i've got none to help me calm
like you'd right every bits of wrong.

so i've lived a million death threats
though you could never care ever less
but i've drank all of my bloody sweats
like you would ever try to kindly caress.

so it was so yesterday for you, love
though it is still burning yet today
but it was so obvious, heavenly dove
cause you hardly wish me in your pray.

those stings and deadly gifts are rare
but hey,
like you ever care.

menjadi itu

dan aku ini mahu terus menjadi langit
terutuh menghembus malam-malam kamu
tetap aku ini melampumu dengan bulan
juga menitah suria mewarna hatimu itu

kerana telah aku sumpah dari azali
bisikkan ranap jiwa, akan aku nyamankan
usah sembunyi hanyut terbuang walau satu
aku dipesan tuhan menjadi cinta merupa kawan

dan aku ini setiap satu persatu itu
tidak ku minta apa setimpal dari kamu
cumanya berbahagialah dan bersentosa
atas terciptanya aku ini menjadi bayu

aku sudah

langit sedang marah
burung sudah pulang
pokok berdiri kaku
aku duduk seorang

kasihan seorang aku
mengira awan sendiri
tangan tergenggam keras
ke mana cinta pergi?

disuruh tunggu setia
tertanya sampai bila
haru sang raga ranap
apa belas tuhan tiada?

nafas alam mendingin
malam merayap perlahan
lama aku di sini
sampai bila bertahan

jiwa,
matilah.

aku sudah.

Friday, June 06, 2008

aku bau sundal

usah bohong.
kebil engkau jelas.
jangan dusta.
gigil engkau keras.

wangi dia lekat.
aroma sitrus gersang.
persis pelacur sundal.
pasti dia jalang.

apa kau sedang bayang giurnya sekarang?
ketika kau pandang aku kini, wahai sayang?

aku tau.
aku bau.

Tuesday, June 03, 2008

saya mati

tadi saya tampar wajah hancur jiwa saya,
dan menengkingnya untuk pergi mati,
puasnya rasa tak terlukis kejam saya,
terlega setiap roma yang sekian mati.

jiwa saya terpana lalu merenung saya,
apa benar kau mahu aku ranap dan mati,
ketap bibir ini membantu sekali lembut saya,
janganlah terpancar bohong tadi suruh mati.

penat menangis, ranap bersayu itu saya,
alangkah melangit bahagia yang tak mati,
tapi apalah makna andai semua rasa saya
sekadar sentosa dimain-main rasa mati?

jiwa saya memandang tembus mata saya,
tentu, pasti, boleh saja saya setuju mati,
tapi dengar sini, dengar butir bahasa saya,
andai jadi mintamu, bukan saya seorang mati.