ke hadapan bintang jatuh,
kau nampak tidak anak itu sedang hampir-hampir terbunuh?
iya, dia itu yang sedang menangis di tepi tangga batu
iya, dia itu yang sedang sendirian tersedu-sedu.
dia tu sangat-sangat kasihan
di dunia ini dia rasakan, “aduh, aku sangat sendirian”
tidak ada sahabat, tidak ada kawan
kerana baginya dia langsung tidak reti berteman.
wahai bintang, aku ada bicara.
mahukah kau dengarkan andainya aku mau untuk bersuara?
janganlah jatuh dulu, nanti-nantilah dulu
ada pesan aku mau kirimkan lewat suara kamu.
anak itu tidak tahu bagaimana untuk bangkit dan ketawa
kerana apa yang dilihatnya lucu tidak pula di mata mereka
dia percaya pada kisah pari-pari dan kayangan
dia sanggup percaya setiap perkara itu adanya kemungkinan.
maka mana mungkin ada yang mahu mengerti
hatinya terlalu murni, pastilah ramai yang akan benci
dia dihina kerana percaya akan sesuatu yang bernama cinta
dia diolok-olok, dia dibobrok-bobrok, dia dimain-main kerana cinta.
lalu bintang jatuh, pergikan padanya dengan halus dan hati-hati
kisahkan ceritaku ini agar dia mengerti
yang sebenarnya bukan dia yg pelik dan songsang
cuma dunia yang bodoh kerana sudah berhenti memandang
bintang jatuh, perlahanlah!
jangan sampai kau mencecah
bintang jatuh, kisahkanlah!
ke matanya yang membasah
katakan padanya semua itu memang biasa
ceritakan juga tentang bundanya
juga suara ayahandanya yang dulu pernah diludah-ludah
mereka dibaling batu, dikeji-keji, dimarah-marah
hembuskan ke dalam hati anak itu yang sudah mula dingin
siulkan petik gitar ayahnya lewat suara angin
dan nyanyikan suara bundanya ini lewat guruh
bilang padanya “teruskan yakin kamu anak, biarkan bergaduh!"
"kerana kalau difikirkan orang, sampai bila
kalau difikirkan hati orang, cis! takkan kemana!
sesungguhnya manusia itu bagaikan serigala
sekali kau suapkan jiwa kamu, sampai bila-bila mau selama-lamanya"
bintang jatuh, perlahanlah!
jangan sampai kau mencecah
bintang jatuh, kisahkanlah!
ke matanya yang membasah
untuk mendengar lagunya, mari sini. maaf, kualitinya jauh dari sempurna. musik tidak berapa kedengaran. kepada yg datang secara live, akan kedengaran beda.
Wednesday, November 05, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
kak fynn..leeya suke sgt puisi nie...
menarik!!! :))
Selepas anak naga dan dermaga, saya suka yang ini.
=)
nice !!!
kak fynn..terima kasih..atas puisi dan lagu ini...
sayang kamu sangat...kakak yang wangi dan cantik!~
eventhough saya belum dengar lagunya, saya tahu yg ini amatlah menyentuh hati...
pertama kali mengenali puisi insan bernama fynnJamal, terasa menarik diri untuk lebih mendekati yang lain
;p
Kerana kalau difikirkan orang, sampai bila
Kalau difikirkan hati orang, cis! takkan kemana!
Sesungguhnya manusia itu bagaikan serigala
Sekali kau suapkan jiwa kamu, sampai bila-bila mau selama-lamanya
saye paling suke part ni^^
sbb sy slalu mcmtu
ahahaha..pk ap org laen pkirkan
:P
luv this one
ke hadapan bintang jatuh..
tunggu aku..
biar kita sama2 jatuh..
fyn..dunno y..
i love ur poet..
-tnx god i found u-
sy suke puisi..kwn sy perkenalkan fynn & bg sy dgr lagu nyer d utube...
sgt suke part ni
"Kerana kalau difikirkan orang, sampai bila
Kalau difikirkan hati orang, cis! takkan kemana!"
kak fynn..tiada yang lebih indah...suke tgk video ituh..entah kenape,rase mcm nak nanges...
actually....bg saya entry ini boleh di kisahkan sebagai seseorang yang mempuyai ibu bapa yang tidak sehaluan...
die ini selalu di hina kerana kelakuan kedua ibu bapanya yang songsang...
die ini selalu di pandang rendah sehingga orang tidak percaya kata-katanya...
die ini selalu di permainkan kerana darjatnya...
die ini selalu mengikut kata-kata orang sehinnga setiap perkara yang die lakukan hanya untuk memuaskan hati mereka...
masakan orang mahu percaya kata-kata die, sedangkan mak ayahnya berjalan songsang...
yang boleh di harapkan hanya menangis lega......
wow.. i love it.. kak fynn mcm ne dpt idea buat puisi nie??
evthing that you wrote..
memang akan jd satu puisi power..
p/s: engkau inspirasiku... terima kasih kak fynn
gua downlod puisi lu kat ares boley kan??
tahniah puisi mu
bikin gua aman
kenal ranjau
didunia..
Manik kaca yg berderai
Post a Comment