Sunday, August 26, 2012

katanya

suruh tengok2 hati dia--
dah kecik, katanya.
suruh tengok2 perasaan dia--
dah calar, katanya.

asyik kita menengok-jaga.
yang kita punya terlanyak2--
ada orang tanya?

selamat lahir, bakti arjuna fitri

tempoh hari--
nyawa aku menjadi seketul daging yang terzahirkan;
hidup berdegup seolah mana2 organ di badan.

yang aku pasti--
ia cuma mau berada di jemarinya;
nan kalau dikehendak--
disentap aku mati begitu sahaja.

pada hari lahirnya dia;

nyawa aku memilih untuk hanya menurut dia.

selamat hari lahir, bakti arjuna fitri.
dan terima kasih kerana melahirkan bondamu ini kembali.