kau bikinku gigit bibir sendiri
lamakah lagi kita sepi?
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini?
alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku
alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku
berkaliku mintakan dari dulu
usah kau tunggu ucap itu
berkaliku bisikkan pada kamu
usah kau buntu aku milikmu
alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku
alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku
perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati
tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara
biar
biar
biar jiwa
bersuara
not everyone are blessed with the ability to express. so why wont we just let everything but the lips speak up? and oh. song's at the side bar.
Saturday, August 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 comments:
wow..boleh jadi penyanyi nih ;)
bahasa jiwa bangsa.
jiwa berbahasa bangsa.
kalaulah..
kak fynn
Godam perasaan itu..
Kerana ia memberontak juga radikal..
Jangan ditarik picu itu..
Ledakan itu tiket engkau ke sana, neraka..
Suntik saja rasionaliti ke salur darah..
Diagih-agih kepada seluruh rongga dan anggota..
Biar kewarasan menjajah mindamu..
ada kaitan ke? =p
em.
kenape macam tau?
haha
jiwa resah hati pasrah..
jiwa redah, hati gundah...
sedap2. heee
kak fynn
best sgt2 smua puisi..
mao jd spti kamoo..=)
khalisah likes this!
lagu ni sedap la kak fynn..Double thums up to u!
you site his nice, could you exchange my link?
here is my link
I hope you can share friend ship me..
thanks you in advance
mahu biarkan sahaja sunyi berbicara.
tapi, susahnya bila hati yang di sana tuli, kalis perasaan.
sigh..
menarik.
suara jiwa selalu benar.
fynn.
aku terbawa dengan puisi-puisi kamu. lagi indah bila dengar nyanyian kamu. sangat bagus.
"alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku"
aku suka yang ini..:D
dah siap hafal lirik ini. haha
kadang jiwa kita bersuara..
tapi jiwa dia plak tuli samapi taak dengar langsung...
atau dia sengaja buat tuli tak mahu dengar dan tak mahu faham...
sangat suka ini lagu..
power giler ayat lu bro.... klu cam nie.. power rangers pon kalah...=)
em
fynn, suka lagu ni. nak.
Ya, mungkin karena itu
tapi kadang kadang mereka tak mahu faham apa mahu hati kita. haihhh.
kak Fynn,
saya ambil lagu ni jadi ringtone saya ya?
heeee...
suka amat lagu ini...
saya link kan di blog saya..
Kak Fynn...
Saya sangat suka senyum lihat karya Kak Fynn ...
Tabik jujur!!!... :)
shuker AkAK Ngat2...sumer puisi n lagu2 akak mendalam laa.... <3 akak . .
the best larh....
Post a Comment