Thursday, September 10, 2009

purnama tak berbaki

subuh sudah mula habis
mata jangan menangis;
biar pagi datang.

mereka yang terawang
ada tak berbayang;
biar dia pergi.

sepurnama tak berbaki
kembali ke kamar sepi;
biar tuhan jaga.

untuk yang rindu dia
di sini menunggu kita;
biar satu hari.

biar pagi datang
biar dia pergi
biar tuhan jaga
biar satu hari
tempoh ini balik ke tangan
bermereka berpimpinan
demi pelukan kabus-kabus
demi indah mengongsi hembus.

aku ada sebab sendiri kenapa ada sedikit aku yang benci pagi raya.
mak akan dipanggil pulang semula. untuk setahun lama.
cepatlah ramadhan, pulang pada genggam aku.
aku rindu dia.

9 comments:

sHEmA_sHImoT:D said...

sgt indah dan buat aku simpan dalam blog aku ya kak fynn...

*meleleh sekejap*

kubiey AkhmAL said...

al-fatihah...

cik erin said...

kite rindukan nenda juga.
lebaran kedua tanpanya.

Al-Fatihah buat mereka.

ISMI HAFIZAH RASHIDI said...

Saya faham kak fynn

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

aku mengerti apa yang kamu dambakan kak~

aku faham yang kamu bukan sengaja mahu meratapi~

Raja Syahrul Helmi said...

ke kubur lagi pagi raya nanti...

ceritaku MEMORIKU said...

rindunya peritnya

lee_xa is Intan said...

~rindu itu memang sakit~

iMaN NuR DiNa said...

fynn,
aku stranger kamu shj,
aku pertama kali kesini dan baca,
dan aku paham bait-bait bahasa,
aku rindu ramadhan juga,
karna aku mahu doa sepuas-puasnya!!