untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”
di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:
“dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya--
aku lagi kenal dia”
dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"
di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--
saya kenal sayang saya”
buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada
aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada
aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa
rahsia kita berdua
kerana apa yang kita rasa tidak ada perlu diheboh2 pada mereka2 yang mungkin lebih memilih untuk tidak mengerti. lagu ada di sisip tepi. tidak siap lagi. :)
Tuesday, January 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
51 comments:
kakak, rasa2nya kan yang waktu first kakak nyanyi haritue lagi best..heee..sebab nampak manjeee sangat.. ;)
betul..;)
kalau manusia lain tanya saya kenapa masih dia,jawapan saya sebab cuma saya kenal dia..;)
sgt sedap dh lebih kpd cumel lagunya~
chumel!!!
:)
pari2 jahat.
kakak tak comel la.
ai brutel.
menusuk kalbu nye ayat.
esh, sumpah comel.
you are so cool!
you are so cool!
best best
love this song very mochh! dah bleh main. siok2!
suka yg ini.
:)
babe... seyesly fallin in love with ur poems...especially perempuan curang... gud luck!!
aku kenal dia tak/:-p
kalau ade video mesti kiut habis lah!
:') aaaaaaaaaaaaaaaa suka.
indah.
:)
ya, kenapa masih dia?
hm..
best sangat! jujur. agak terasa gak la.haha :D
cute je lgu....
xde r dayu cm no more
suka. =)
Hello,I really love this.Sweet.
Nak share kat blog camne ek?
ahaha,ini wat senyum sorg la
kak fynn.
terbaek =D
sangat suka. lama dah tunggu. :)
suka itu indah.
indah itu bahagia.
membaca bait ini. terima kasih. saya bahagia. suka kerna ia indah.
lagu paling best for me from fynn jamal!
kawan2 yang xjumpa cari,dengar kat sini
http://www.reverbnation.com/play_now/song_3171044
atau
http://www.youtube.com/watch?v=4d86qw4J9kU
mahu cuba dgr sebanyak tajuknya 8)
-FahmiChester
terbaekkk~~~~~~~~~!!!!!
cumey.manje.jahat.falling in love dgn ini lagu...
Kan fynn.. i use ur lyric and song kt my belog erk.. hope u dun mind..
"dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea"
waddahek? haha
nice one! meaningful ;)
gua terlepas nak dedikasi nice liric ni pada ex gua..
chumel sangat....=)
suara pn sedap....
melodi yg sedap... catchy.
gua suke melodi chorus. x sure chorus ke bridge, but nice la. i loike :)
sukanya 150 juta. haih geram.
akak..sori eh..nox dah paste lagu ni kat blog nox..xpe ke?
tp nox da tulis da ni lagu akak..lagu nih comel sgt..xtahan na paste gak..hehe..sori tau..aritu pon paste lagu over kat blog nox..k..daa
sukaa...(^^)
thumbs up for this ! (:
Fynn,
OMG! this is soooooooo goooooodddd!!!!!
SERIOUSLY! You should commercialise this.
Sangat sedap! Paling sedap pernah aku dgr drp Fynn Jamal!
Beb,
it's so damn sweet & comel & cute & honest! Refreshing!
Very catchy tunes! Lyric lebih best lagie...
Macam FahmiChester ckp, mahu dgr sebyk tajuk nya ^_^
kak fynn, mintak izin nak letak lagu dan sajak ni dalam tumblr saya.
bole bg chords laguu nie tak ? oh please :(
-Meera-
meera;
D G ulang2 sampai boring.
kemudian A sekali sekala.
:)
awww , tengs !
adored you <3
-Meera-
sedap2..leh maket nie..
kakak, share la chord skali
..lagu ni serious sgt COMEL!!
terbaik..
part pling best skali..>>
"kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"
kak, ley amek lirik ni letak kt blog saya x?nak letak chord gitar. sbb lagu ni best..terbaikk..
Bestnya
Spe penyanyi asalnya?lagu ni mang best la suke sgt2
suka lagu ni.
<3
1st time dengar lagu ni pagi tadi...terus jatuh cinta...very catchy!!! saya dengar back 2 back...& siap promote kat member2...they also love it...keep up the gud work!!!
err..kt ne nk dgr lagu ni? --"
Post a Comment