bundar
pudar
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.
wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu
mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”
wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu
wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati
ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga
ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?
ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti
untuk lelaki yang menjadikan aku aku. kerana cintanya. kerana marahnya. kerana sempurnanya. abah. lagu di tepi.
53 comments:
Menangis.
semoga arwah abah saya yang kool itu ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
istana dia syurga nanti
ameen.
cerita kita beza kisahnya.
tapi plotnya sama...
aku rindu ayahanda aku..
lagu ini buat jiwa luruh.......
this is awesome. kau buat aku rindu kan ayah :(
kakak buat saya rindu kat abah saya lahhh...heeee ;)
you rock!! great songs, great attitude.keep on rockin;)
goosebump
fynn.ok,yg ni sedih.deeply meaning.
ari2 i rindu ayah i.tp sekarang bertambah rindu.uhuk:(
ermm
I got goosebumps when I first heard this.
Epic, Fynn. I love it.
kak,.nk pinjam dis p0st ley x?
huhuhu,...wanna share it with my mmber
indah
tiba2 aku rindu abah aku.
sedap;)
waaaaaa!
k.fynn.rasa nk ngs dngar lgu ni;)
i like it so much
ada terbalik tulis perikan penatmu
kisahkan jerihmu cuba dengar kat lagu terbalik
tiba2...
perasaan rindu kan pada seorang insan yang bernama ayah makin bertambah...
papa, im miss u so much...
mama, im miss u too...
suara fynn sgt pure dalam lgu ni, siyes saya suke.
oh-emm-gee!!! this is so pure fynn..im like,so can relate to this!
good job.
emo rules!!
fuhhhh abahh..
saya sempat lihat fynn dendangkan 'biar' di malam puisi riong 30/04 . terkesima dan terkesan sangat. Terus mencari lirik 'biar'. bila lihat lirik ini dan bayangkan semula suara fynn malam itu ... tetiba saja :
pilu dan sayu
Mau nangis
Mau luruh jiwa
fynn ...
indah sungguh
dalam ertinya
awesome
teruskan berkarya (n_n)v. akan menyokongnya dari jauh.
salam
tahu tak betapa payahnya nak cover macho bila ko perform puisi Biar. Ceitt betul.
lagu ini yang disisip di tepi, buat saya sayu mula mula tapi tergelak kecil bila kakak cakap "dah" dkt hujung tu. :)
tapi, biar memang terbaek !
nasib baik ada pensyarah seperti fynn..kerana aku tak tahu apa itu cinta....dan aku tak pernah,....lega....bila ada artikel yang mneguatkan semangat aku....thank you...
nice fynn ayat mu sungguh puitis
fynn,
*diam
tatau nak cakap pe.
cuma satu.
kamu ni manusia penuh dengan cinta.
*nangis*
sungguh kamu penuh dengan cinta..
kak fynn...terbaek..lagu2 puisi akak mmg penuh makna..tabik:)
crying...... =(
crying...... =(
menitis air mata tanpa ku sedari
Lagu ni sangat indah ;)
ya allah fynn jamal.tanx a lot u wat ati i yg cam batu nyh cair dek lirik nyh..damn!!i luvr ma dad fucking much..nape i nyh sanggup kecewakn ati die..nape i xpernah pkir susah senang die besarkn dr i lahir kat dunia nyh till now..fynn tanx sgt2..idoakn,ALLAH S.W.T pnjang umur u,sihatkn tubuh bdn nberikn rezeki halal yg melimpah ruah for entire of ur life..amin2 amin yarabba'alamin..:)
KAK FYN, NK COPY LIRIK NI..NK LETAK LM FB ( KEYO NUA )
Kak fynn blh mnta chord for this song..pleaassee....:)
kt mna nk dpt mp3 lagu ni???sedih...i love my dad!!!!!
weh..sedeh..nak nagis.. :'(
weh..nak nagis... :'(
sedeh lagu nihhh....
bergenang air mata. nice song fynn jamal.
Sentap
aku sentap dengar lagu nie
Salute gila
good song fynn jamal :')
I can feel that . :') Allahuakhbar. beri aku ayah yg garang dan penyayang sudah memadai
Menangis dgr & baca sekaligus lirik Biar ni . :')
siapa yang tak menangis,
sungguh hatinya sekeras karang.
Thanks kak Fynn
Lembut juga hati ini
keep repeating this song.
dan setiap kali itu jugak lah menangis. :'(
Ibu aku adalah ayah aku..
Dia yg cari rezeki, dia lah juga yg membesarkan kesemua adik beradik.
Setiap perit jerih yg dia lalui sgt tak ternilai harganya..
Ibu aku adalah ayah aku..
I miss her..
I love her..
akak..mintak chord
akak..mintak chord
Post a Comment