Thursday, March 01, 2012

detik waktu sekarang

untuk detik ini--
apa yang paling indah
adalah membenam kaki di lumpur selut
bermain baling selipar sama jiran2 kiri kanan;
dan tak pulang selagi belum dilaung-ugut rotan.

untuk waktu ini--
apa yang paling megah
adalah darah2 kering di siku lutut
bersama pedih tergesel batu di tapak tangan;
dan tak hilang selagi belum seminggu di badan.

untuk sekarang ini--
yang teramat rugi cumalah
anak2 aku nanti yang tak kenal bau maung tanah sendiri.

kita sudah terlalu moden untuk kembali ke dulu.
persamaan kita bukan lagi darah menyagat luka,
pedih menghambat rasa,
lumba dalam ketawa.

apa yang paling indah dan megah;
adalah bertelagah.

13 comments:

heliza suhaimi said...

wah..rindu zaman kanak2..boleh main baling2 selipar <3

zeeck said...

konda kondi!!

syed ikhmal said...

hebat! ;)

syed ikhmal said...

hebat! ;)

syed ikhmal said...

rindu zaman ini. hebat!

meow said...

I remember the 1st time i fell into the mud..its sticky n guii..but its fun :))
Tbaik hehe

meow said...

I remember the 1st time i fell into the mud..its sticky n guii..but its fun :))
Tbaik hehe

meow said...

I remember the 1st time i fell into the mud..its sticky n guii..but its fun :))
Tbaik hehe

Anonymous said...

I love ur words,

Anonymous said...

Ku ingin kembali ke alam itu...

Z Zaqyah Na'an said...

ingin sekali aku berdiri seperti kamu kak fynn!

Z Zaqyah Na'an said...

ingin skali aku berdiri seperti kamu kak fynn

Z Zaqyah Na'an said...

ingin sekali aku berdiri seperti kamu kak fynn!