Wednesday, November 28, 2007

puisi tidak beritma

tika sunyi malam diperkosa dunia bising,
anak itu terasing.

lalu dibina kaabahnya sendiri di celahan gelap selimut dan tilamnya,
dia bahagia.

namun hatinya terlalu indah untuk disembunyikan,
maka terpancar.

dan mereka yang lain jadi iri dan tak tegar,
terus tak dibiar.

mereka siatkan setiap perca senyumnya hingga terkoyak-koyakkan.

Monday, November 26, 2007

nanti kamu rasa

terhina.
serasa keji.
terpana.
merasa benci.

terpempan.
begitu dimalukan.
tertekan.
begitu dimainkan.

kepilkan jemarinya erat
bila kau hayunkan mesra
lagakkan kasih sayang kalian:
di birai mata aku.

lekapkan jemarinya sarat
bila kau tayangkan dia
hunuskan cinta hebat kalian:
di tirai mata aku.

nanti bila dia kembali ke realiti
nanti bila kamu ditinggal pergi
nanti bila jadi yang ku kata
nanti kamu rasa.
nanti kamu rasa.

this is a curse, so please read it with full of hatred. enjoy casting spell.

Sunday, November 18, 2007

this feel

this feel:
torturingly addictive,
piercingly lucrative,
passionately destructive.

this feel:
as the blood waltzing down
is euphoria.

this feel:
is precise.

when no words are accurate enuff to say what u feel.

Wednesday, November 14, 2007

o' mosquito

o' mosquito, stop thee please,
murdering thyself, art thou?
those red liquid are not grease,
halt from sucking! stop thee now!

not a human this little self,
been too frosted for a century,
no more mortal in me that is left,
my heart is away, and remained it be.

o' mosquito, find thee others
of those who are jovial and gay,
i may be alive but so darn tasteless
let me wilt and fade, let me today.

minta perhatian

kalau hati ini
sekadar mahu kau ramas

berambus.
kau distraksi.

memalukan

kau masih berpaut pada jarinya
sedang aku mengendong jiwamu.
ketika aku memahat namamu.

kau masih terpateri pada matanya
sedang aku memerap cintaku.
ketika aku mencanting pujaku.

kau masih bertaut pada hatinya
sedang aku membakar nyawaku.
ketika aku menerang gelitamu.

aku masih berharap pada tiada
sedang engkau menadah kasihnya.
ketika engkau menjaja padanya.

memalukan.
cukup memalukan.

if you are in this situation, siapa yang memalukan: kamu yang menunggu, si dia yg buta dan tidak sedar besarnya jiwa kamu.

Saturday, November 10, 2007

selamat mendakap awan, sang naga!

dia sudah pulang dan kembali menjadi buih-buih lautan
naga aku itu sudah bersatu bersama tentera-tentera pasir
pada sekejap dulu dia menjadi cinta merahku yang tersimpan
kini berpatah ke dasar air terus terbang ke langit petir

dia tak akan mahu berbalik ke dakapanku yang kecil
dengan bisa bahasa bibir yang menghalaunya pergi
telah ku herdiknya menjauh dengan ketap gigi menggigil
ku agungkan dunia dan ku pekikkan inginku menyepi

nagaku terbang tanpa sedikit pun menoleh simpati
pada aku yang berpura ketawa saat kamu pergi perlahan
semoga kamu terus bernyanyi berpimpin mentari
lagu rahsia kita yang sentiasa kita siulkan sendirian

maaf naga, tidak mungkin kita disatukan di mata sedar
maaf nyaringku menghalilintar pujukan rayu dulu
bibirku yang kaku memberi senyum tika kau beredar
aku bukan milik kamu di sini, cuma di pejaman matamu

berpalinglah sayang, wahai naga sakti jemala hati patik
tunjukkan mata kamu yang indah dan sentiasa ku cumbu
jelingan itu terlalu bisa dari alis kamu yang begitu cantik
mahu aku tatap terakhiran kalinya, janji ku takkan rayu

kerana aku mau tau bahawa cinta merah kita masih ada
di jiwa ini.
kerana mungkin rasa itu tebal dan agung, cuma didiamkan.
di hati ini.

selamat mendakap alam, naga aku.

sumthin i wrote, a sequel to naga dan dermaga II