Monday, December 03, 2007

sudah lama mati

bila satu hati itu mula menjadi dingin
dan bila segala perkara hati itu tak ingin
maka seharusnya hati itu dimusnahkan

bila satu rasa itu mula memakan diri
dan bila apa apa lain rasa itu tak mengerti
maka seharusnya rasa itu dilupakan

bila satu akal itu berdalih berdusta
dan bila pada semua dzat akal itu bernista
maka seharusnya akal itu dihancurkan

hati itu, rasa itu, akal itu
yang setiap yang sudah mati itu
akan hanya membawa apa yang masih hidup
mati bersama mereka dan merecup

kejam itu sifat mereka yang dengki
kerana semua hati, rasa dan akal ini
sudah lama mati
sudah lama mati

it's too late. just too late