Tuesday, April 08, 2008

cinta disampahkan

jantung, diam.
akal, diam.
urat, diam.

mencari nafas di dalam hati
mencari nyawa di dalam diri
mendiri cinta pada yang tak sudi
mencari harga diri

aku gadis yang disampah-sampahkan
aku gadis yang dihilangkan
aku pecinta yang ingin disayang
aku ini bukan milik orang

mencari diri di dalam kamu
mencari maruah diri di dalam cinta kamu
mencari nafas yang telah di matikan
mencari langit yang telah pernah engkau kuningkan

mencari aku
mencari engkau
mencari indah
mencari dia yang kau cinta

mengapa cinta ini kau tolak ke tepi?
mau tolakkan kepala ini
mencari rasa
mencari dia
mencari harga diri yang kau lelongkan ke tepi ke dalam api
ke dalam api
ke dalam api
ke dalam api

aku ini perempuan yang telah pun kau lelong-lelongkan pada langit itu
aku perempuan itu: perempuan yang bodoh itu
mengapa aku di biar di sini?
mengapa aku dibiar kau pergi?
mengapa aku di sini, kamu di situ berbahagia selalu?

mencari diri, mencari diri
mencari aku, mencari kamu
mencari dia, mencari semua
mencari segala, mencari semua

mengapa cinta?
mengapa sayang?
mengapa rasa ini kau buangkan sekarang?

jiwa, diam.
mata, pejam.
hidung, diam.
mulut, diam.

segala diam
dunia memejam memandang aku:

“hey, bodoh kamu!
pergilah engkau!
dia bukan milikmu!
pergilah engkau!
dia bukan milikmu lagi
cinta kamu dimamah api”

mengapa aku disini: aku menunggu kamu, si orang itu?
mengapa aku di sini mengharapkan cinta yang sudah pergi?
yang sudah pergi!

mengapa aku mengharap lagi?
mengapa aku masih di sini?
mengharapkan sementara cinta
mengharapkan pada yang tiada

tiada
tiada
tiada

When you still can't find a reason to leave your memories behind. When you are too strong to let go, too weak to leave them. For video, click here.

3 comments:

spidergirl said...

eeei terasa nya bila baca puisi ni.lelaki sume same je kan?

cute darling said...

good song..thanks sbb dah create lagu nie..
lelaki pntang nmpk pompuan cntik,,tglakakn awek lama..tol kan??

Anonymous said...

nooo...
Pompuan x leh kata camtu..
sebenarnya..
x patut korang mudah percaya kat lelaki..
x kira siapapun lelaki..

Dan Percayalah.
Cinta dan dicintai tu satu perkara yg sangat susah tuk korang dapat..
jgnlah mengalah..