disebut suatu ketika dahulu
akan sang puteri ditawan seteru,
disabit direnyah leher puteranya
dibalukan dia dek syaitan durjana.
terpaksakan olehnya binatang itu
diranap persalinan diratah jitu,
tersiat mahkotanya, disentap paksa
dibiar meraung tak siapa kuasa.
dan datang purnama pergi berlalu
puteri merasa pinggangnya biru,
degup di dalamnya ada manusia
namun soalnya benih siapa?
andai punyanya kekasih dulu
jadilah cukup meneman sayu,
kalaulah pula bangsat yang punya
hendak ditikam mati sahaja.
bagaimana jua nan puteri itu
ditunggu nanti, arang mengabu,
aduhai tuan, kasihan dia
apa nasibnya, apa nasibnya.
Wednesday, September 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ni mcm psl mahsuri jer..
neways.. sye suke..
=) smua sajak kak fynn sye suke..!
dibelek-belek.
terjumpa puisi ini.
mengingatkan sy pada seseorang.
dia itu masih bernafas kali terakhir sy jmpa dia.
dengan satu nyawa yang dia sendiri tak tahu bapanya siapa.
sekarang, org bagitahu sy,
dia dah tiada.
dia pergi dengan nyawa baru tu, tanpa tahu siapa punya kerja.
sy rindu dia.
Post a Comment