Friday, March 27, 2009

semalam pagi

balang-balang kaca ini aku susun
agar dapat diasing-asing anggota badan
yang sudah bercerai semalam pagi
ketika siang berwarna jingga kemerahan.

bahu lutut kuku dan belikat
tersepah-sepah dan memelanting
seperti usus jantung peparu
berberai cerai di tertiupnya seruling.

kiamat datang dulu untuk aku.
semalam pagi
ketika siang berwarna jingga kemerahan.

kiamat telah datang pada aku
semalam pagi
ketika kau pulang mendakap tuhan.

ever feel YOU are the one dead when someone else actually did?

8 comments:

Alyea said...

pernah, waktu bapak tinggal pergi sebelum sempat aku sampai kucup maaf.
haru.

Sara Musfira said...

Fuhhh. Seram.

Sofia Nin said...

pernah.
wktu bokap ninggalin gw.

yah jd kangen nih ma dia :)

Anonymous said...

pernah

jane said...

o' crap.

ImranAbdulJabar said...

cukup terasa, seksa, berkaca-kaca.
apabila menyaksikan ada jiwa yang pergi, mati.

tunggu saja seruling kali yang kedua.
moga yang bercerai-berai tercantum hidup, bangkit.

dan terus lagi...

HaNi said...

belum lagi.
tapi pernah ada imaginasi untuk letak hati dalam balang kaca, simpan baik2 dalam peti sejuk.
biar tiada yang mengusik.

pernah juga mahu masuk kan otak dalam balang kaca ber ais, mahu simpan dalam peti ais juga, sebab migraine tak tertahan.

mengarut.

sinaganaga said...

Terimalah sajak pendek berjudul BEBEH daripada gua:

Bebeh,
Gua demam!