dia mampir kepada aku di suatu waktu di satu malam
lelaki itu sangat kusut
lelaki itu berserabut
datang ke arahku mau menceritakan sesuatu
dia jalan dengan lenggang-lenggok yang sangat kekok dan canggung
berkata, “aku sedang murung”
“kenapa hey orang lelaki yang benar busuk dan canggung,
kenapa kau bermenung?”
“aku ini sedang menangis
ingin menceritakan tentang kekasih yang mengguris”
aku tanyakan tentang gadis itu,
“hey lelaki tua yang canggung dan buruk,
apa cerita kamu?”
“bidadari itu rupanya batu–
ketika aku petik dia dari langit jingga
terindah itu dia
saat dimainkan nafasnya di minda”
apa yang terjadi pada itu bidadari?”
“si gadis itu sebenarnya bukannya sesiapa
cuba batu di tepi jalan yang bersepah merata”
“hey lelaki apa ceritanya?
khabarkan pada aku,
katanya itu bidadari?
katanya bagai tuhanmu?”
“itu semua dulu
itu semua dulu–
di kala dia bukan siapa-siapa
terindah itu dia
sebelum ku kenal jiwanya siapa”
“hey lelaki yang comot dan canggung,
dengarlah aku bersuara–
itu namanya cinta gila
tidak mungkin ada
itu semua idea saja
tidak pernah ada –
mana ada cinta yang tidak akan bertepi
kita semua manusia–
gila dan tidak ada makna–
apa kau kejar?
apa yang kau carikan?
itu semua suatu yang tidak ada–
aku juga gila
aku juga gila–
bidadari aku tidak pernah ada–
ku pernah punya;
tapi–
mana ada…”
tentang pertemuan seorang gila, berbicara sama seorang lagi yang gila, tentang cinta langit yang terlalu digembar-gemburkan ada. untuk video, klik ini.
10 comments:
uwaaaaaahhhh
kagum terpana.
hebat betul
amat dalam
menyentuh jiwa :)
Nice Kak Fynn :)
wow..
1st time jejak cni.
gua kagum.
hermm.
mungkin, barangkali, aku seperti lelaki comot itu. menantikan hanya yang terindah. walaupon yang elok sudah letih mundar-mandir di depan mata.
*haihh
I like this one.
Awesome.
cantik
kata2 mu b'makna buat sementara waktu.
aku xtahu dimana tapi ia buat aku berfikir sejenak.
tapi aku mahukan penjelasan lanjut tentang lelaki comot ini kerna ada bhgian yg buat aku x faham.
tahniah!
truskan berkarya sebegini.
aku sokong kamu.
bart: kamu mahu tahu apa ya? tanyalah. aku jawabkan.
kamu banyak lolongkan untuk kebanyakan suara-suara hati di dunia.tahniah.kerna kuturut rasa suara hatiku turut laju keluar bersama suara mu.dalam.lega.
Heyh.. ni citer pasal gwe ker
Post a Comment