kasih
kesatkanlah airmata
ku dah tiba
kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua
ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu
mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut
kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita
kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua
ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu
mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut
dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap berpimpinan berdua
sampai tua
aku ada
sampai tua
takkan ku takut
hazrilfitri arjuna jiwa aku, semoga aku hidup dengan sumpah ini dalam jantung aku. biar apa saja datang hari ini, berhabis besoknya, tetap aku ada, untuk sesuatu yang akan datang hari depan2nya. selagi diizin tuhan, semoga ke tua cinta ini.
lagu ada di sisip tepi. (mungkin tidak lama, kerana masih belum siap)
Tuesday, December 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
lagu baru~yeah!
bestttt.. bergetar2 jiwa saya.. nice
tersentuh.
Semoga, kak fynn..
epal doakan..
Amin..
dapat diluahkan untuk partner adalah sesuatu yang bagus.
tahniah.
saya turut meng amin kan anda berdua.
best !! dah ada lagu...feel ja..congrats
best!!feel ja dgr lagu2 tu..congrats :)
amin.
makasih kak.
kak.. klau ada orang berpuisi sambil nyanyi gak cam kak xpa ka.?
puisi, pastu ada cam kourus gitu..
smua orang bleh cuba.?
amin ku berbentuk susunan perkataan yang membentuk baris baris ayat yang melengkapkan ceritera, boleh?
-CHUGIRA!-
(TILL DEATH!)
Aku berdiri
Diatas mata kukril
Mengendong aksara dunia
Mainkan aku satu irama cinta
Pasti aku joget tarian dewa
Meski kini kita bukan lagi di sorga
Kini lima saat teroka sedunia bersama
Menjadi satu lagi aparatus sejarah
Terkekeh
Derai tawa
Pecah
Berdekah
Aku berdoa
Kau menjadi tetamu
Dan bila bersua
Akan aku kata
Kau adalah mimpi terindah
Manakala aku penganut igauan ngeri
Tetapi aku bisa berjanji
Menunggu kau di reservoir
Lalu bersama disisi ingatan nirwana
Seerat genggaman kau dan aku
Kita jeritkan ‘chugira!chugira!’
-catatan John si’ orang gila’-
-0100 Rabi Dis 23, 2009, wilayah separa sedar-
Ps : Fynn, cinta itu satu hak yang tak mampu sesiapa lucutkan dari sesiapa pun... :) peace...
s0o0o sweet ;)
lagu yang berulang kali saya mainkan.
semacam ada satu karma yang menarik jiwa saya utk mendalaminya.
sayang fynn
:)
fynn, lagu u nie membuatkan i rase melayang.. lagu ini juga telah makin merapatkan lagi hubungan dengan sahabat i (girlfriend)
fynn, thanx yer.. coz lagu u nie membuatkan hubungan i dengan my beloved girl more confortable with me :)
lagu u nie juga buatkan i melayang bila cuba memahami..
Salam k.fyn. k.fyn pernah knl.ke y bernama nur hamizah.binti.nazarudin? dia cakap lagu ni k.fyn tolong buatkan tuk kawan die means sahabat baik die y bernama bubu. betul ke? saya tnye nak kpstian. sbb ade konflik kt sni. hope rply me k.fyn..
Post a Comment