Monday, November 16, 2009

jenguk jengah intai lihat

minta dijengukkan sang aku ini
sekala sekali di bila-bila yang disudi.
minta dijengahkan tanpa benci
sekala sekali di masa-masa yang dibagi.

minta diintaikan apakala sempat
sekala sekali di detik-detik yang dapat.
minta dilihatkan aku yang memayat
sekala sekali di waktu-waktu yang geliat.

takut-takut sudah membusuk bangkai aku
tak terperasan dek mata kamu
yang disibuk cahaya baru.

bila di masa yang dijengukjengahkan;
semoga ia adalah pada datangnya gelap malam rawan.
kerna detik di waktu itu janganlah diintailihatkan
bersuluh suriamu menjelas pandangan.

cukup-cukuplah seluruh alam menzikirpuji dia
mengkebumi aku sebelum mati.

16 comments:

eff said...

saya rasa saya faham ;)

kak fynn,
suami takkan lupa jenguk jengah intai lihat isterinya.
biar dunia di atas pehanya.

:D

Fynn Jamal said...

eff:

sesungguhnya kamu sudah terlalu salah dalam menelah.
langsung bukan tentang suami saya.

:)

yaya said...

sangat indah dan jujur!

AIYER said...

ermm..
adoi susah ni.ssah ni.

kubur??

btw, ini chantek!

eff said...

haaaa...

terlalu salah ye?
terlalu malu nih.. :P

joegrimjow said...

xpaham
baru pasan ada 2
ishh

naim said...

tentang orang tua?

atau tentang orang yang disalah tangkap? (framed)

x paham...

gadishebat. said...

sentiasa tak pernah lupe.
rindu kfynn

imran effendi said...

best!

imran effendi said...

best~

mohdazzarul said...

Amat indah dan best ! ~ :)

JJ KRN said...

kak fynn :)
trimas komen post di blog saya :))))

Anonymous said...

best..

Nurul Binti Ibunya said...

alahai.
sibuk menarik jiwa di serap kehidupan.
dah lama tak ketemu akak.
ermmm..
baik-baik aja ok.

Unknown said...

ss

Unknown said...

salam kak fynn,

boleh ke entry ni dikaitkan dengan seseorang yg mengharapkan pada seseorang yg lain yg dulu pernah dikasihinya untuk sekali sekala datang menjenguknya?

kerana saya merasakan itu =(