kemanusiaan sebenarnya sudah lama habis
jiwa2 sebenarnya sudah terlalu banyak menangis
kita hidup dalam pembohongan kita hidup dalam kelalaian
kita kata kita bersatu untuk sesuatu yang bernama perjuangan
kita malu untuk mengaku
setiap yang terjadi ini sudah pun dirancangkan
kita malu untuk mengatakan
setiap ini sebenarnya satu permainan
kita suruh anak2 kita pergi berperang
tanpa senjata bagaimana mau berjuang
disedekahkan anak2 kita pada satu ideologi
tapi bisikkan ke telinga ini apa itu yang kau namakan seni
kemanusiaan sudah lama tewas
kita ketawa tetapi dalam hati sangat panas
sudah tidak ada apa yang lagi mau kita katakan harapan2
sudah tidak ada apa lagi semua itu, tuan2 puan2
kita cuma ada mimpi kosong yang akan nyata
cuma ada suatu yang kita nyanyikan sebagai pujangga
hey anak2 muda bangkit dan bangun sekarang
kita mampu menang walau tanpa senjata berjuang
tuhan itu sudah menjanjikan keadilan
dia sudah katakan dia yang maha mendengar maha mengasiahan
engkau cuma bangkit dan berdiri
cuma bangkit dan berdiri
minta apa saja kan diberikan semua
itu senjata kita
itu senjata kita
itu senjata kita
kemanusiaan takkan pernah ada
kalau kita bertopengkan binatang sahaja
kemanusiaan takkan ada
kalau kita cuma mahu hidup sendirian sahaja
sendirian sahaja
apa itu manusia kalau hidupnya ifrad sahaja
ifrad sahaja
ifrad sahaja
manusia,
kita harus bersama
bersama.
untuk video, klik sini. untuk malam puisi riong. antara memori yang tak mahu aku lupa. tentang kemanusiaan yang dilakon2 oleh rata2 manusia dewasa ini. saya bukan tidak sokong 1malaysia, tapi saya rasa itu semua tidak lebih dari olok2 saja.
notakaki: ifrad di situ saya maksudkan mufrad yakni individualistik
Wednesday, May 05, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
hurmm 1malaysia yang ....
memperjuangkan ideologi yang kononnya satu gagasan baru padahal selama ini kita di malaysia sudah lama hidup sebagai satu.
topeng topeng kemanusiaan di sebalik kebinatangan itu, terlalu banyak tak terhitung.
persoalannya, kepada siapakah jari ditudingkan, dan apakah sebenarnya kau menuding dia di hadapan cermin?
Roh kitalah senjata kita,
biar mereka mengganas,
menyentuh jasad luka,
tanpa roh,
mereka tidak menyentuh apa-apa.
kerana,
roh kitalah senjata kita.
Nice poem. ;)
TERBAIK!
rugi tak pergi hari tu..huu~
kita sendiri askar untuk berjaya!
masih meremang kak.
salam kak. saya suka puisi ni. saya copy puisi akak ni ke blog saya ye. terima kasih kak. :)
Masih terbayang2 Malam Puisi Riong tempoh hari tika akak mempersembahkan 'puisi' kemanusiaan ini.
All da best kak Fynn! (^_^)
p/s: Nilai kemanusiaan kian pudar
syiok....
kak fynn, saya ada di situ, malam itu. kak fynn benar memukau
i dont know where i've been to miss discovering such an outstanding talent as yours. congrats fynn for the music.
buluku naik meremang
mintak izin yea kak.. sy nk copy puisi akak tuk blog sy.. thanks.. u done a great job..
salam'alaikum..
fynnjamal..
do u hav vid mse mlm puisi riong 10/1/2011 at ump?
best gila. sangat berharap saya dapat persembahkan puisi ni. isi nya menarik dan persembahan akak mmg memukau.
mengapa tidak:)
Post a Comment