Thursday, May 13, 2010

rupa-rupa

dia tersenyap di gigi kali --
ah rupa2nya, katanya.
rupa2nya.

dia terduduk di tinggung kaki --
ah rupa2nya, katanya.
rupa2nya.

betapa menyenyapkan
betapa mendudukkan
betapa meralatkan
betapa mengesalkan.

berjalan sudah separuh bumi
baru tersedar ada yang tinggal.

rupa2nya.
ah.
rupa2nya.

ini tentang menyedari akan sesuatu tapi selepas terlalu lama tidak diperasankan. hendak patah balik, tak tahu sempat, tak tahu untung tak tahu rugi. lalu apa yang patut dibuat? cuma duduk dan diam saja, kan? :)

13 comments:

tangga.merah said...

tentang keputusan yang telah dibuat...
tentang perjalanan yang telah dilewat-ti...

mirachantek said...

iya, duduk, diam, ulang sekali lagi. tak pernah selesai

Anonymous said...

xfaham. err...mksudnya apa?

Fynn Jamal said...

adrenalin:

tentang konsep ralat.
dah jalan separuh bumi, baru terperasan tertinggal berus gigi.
macam gitu.

padanlah. sepanjang perjalanan rasa macam ada kehilangan sesuatu. tapi tak tau apa.

tulisan ini adalah ketika kita tersedar, malangnya ketika sudah terlalu jauh untuk patah balik.

entah. terpulanglah pada bacaan orang. :)

Qaseh said...

salam...

kesedaran setelah terlihat..

nice..

zaidharis said...

tapi manusia memang suka duduk diam-diam,
tak macam harimau.
tapi lebih suka jadi gagak hitam.

Shafri said...

hehe.. nice point.. i like it.. hehe..

ros said...

ya benar ... sudah jalan separuh bumi tapi baru tersedar telah banyak peluang-peluang telah dilepaskan begitu saja ....

macammana ye ... hidup selalu saja buat silap ?

Anonymous said...

Hehe..betol tu kak fynn..tapi saya tetap berpatah blk walaupun rugi..sbb kena byr tol n minyak kereta..demmit! (-_-")

Loyar Lawa said...

cayalah...cntek

Suka Bebel said...

Fynn, aku peminat setia karya yang kauhasilkan cuma dah lama tak berbloging dan tak tengok sangat KeyNote di astro. adakah Fynn di KeyNote adalah FynnJamal? Aku rasa macam ia, semuga berjaya!

Anonymous said...

Salam fynn..
ko tau x ini mcm Robert Frost's The Road Not Taken...
-Alin-Benl-

Anonymous said...

poet wannabe oh poet wannabe... what's up?