Friday, August 27, 2010

sedikit lagi

oh
tiba-tiba terbangun tersedar dari panjang
dan terjelas kembali degup jantung bergendang

ah
langit, laut dan bumi seperti menyorakku
semoga akan ada esok yang baru

kaki,
jangan kecewakan aku
teman aku sikit saja lagi
takkan aku daya berterus sendiri

sedikit saja lagi.

hati,
jangan kau berserah dulu
akan tiba apa yang dinanti
ku tak perlu takut berjalan sendiri

sedikit lagi.

oh
senyumku tak tertutup meski tubuh merapuh
harapku pada pagi mengutuh

ku belum mahu berhenti
walau terputus raksa
takkan ku serahkan jiwa ini



lirik utk lagu baru faan, "sedikit lagi". tentang harapan baru.

7 comments:

Zo Ahmad said...

ilham selepas bbuka ya?? :)

MUNIRAH BAHRIN said...

sikit lagi kakak,
gagah kan diri kau.

mirachantek said...

dah lama kakFynn tak post apa2 di SuaraJiwaJuwita.
sibuk ya?

dunkin donnuts part III said...

fynn! u mmg best lah!! keep it up!...

haja said...

jangan menyerah...

hamzah ian said...

pergh.. nice..

syed ikhmal al-gadrie said...

oh, suka yang ini