Sunday, September 12, 2010

mana

dia sedang berdiri;
satu kaki di wilayah fizik
dan lagi satu --kerajaan mistik

dia sedang bermenung;
satu sayap sudah menyepah
dan lagi satu --sudah mencambah

dia sedang berkira;
satu suara memaksa pergi
dan lagi satu --memujuk mari

dia berdengus.

satu--
hati-- fizik--
menyepah--
memaksa pergi.

satu--
jiwa-- mistik--
mencambah--
memujuk mari.

berdiri,
lalu bermenung,
dengan berkira,
sambil berdengus;

yang mana.



pernah rasakan mimpi2 fantasi itu lebih jelas dari dunia nyata? benci, kan?

5 comments:

orang kecil said...

mimpi fantasi indah.sape2 pun tak nak bangun.
:)

frwls said...

mimpi dapat duit banyak pastu terbangun.

walaupun orang kata mimpi mainan syaitan.

beberapa hari kemudian, mesti sakit.

dah beberapa kali terjadi hal yang seperti ini.

selamat hari raya buat kak fynn dan suami.

izfanora said...

tiada yg seindah mimpi..

mimpi itu perlu, sebab itu diwujudkan oleh-Nya..

perlu buat hamba-hamba-Nya utk terus hidup..

rentan said...

dalam kehidupan aku, semuanya mistik.
bukan kecut bereality, tapi sememangnya mistik itu kehidupan aku.
dan jika aku mula bereality, semua yang berlagak real akan jd mistik dgn aku.

itu pasti.

thenocturnalzulkhairi said...

kadang
fantasi itu lebih realiti :)