Sunday, September 26, 2010

mati kecut

tergigil aku yang mengkaku jasad
bersembunyi sunyi di celah meja kayu
begitu takut disedari dan dikasari.

sayangnya;
nafas terhenti di dalam sepi--

ketika sibuk mengkaku jasad
yang bersembunyi sunyi di celah meja kayu
kerana begitu takut disedari dan dikasari.

bukankah elok;
mati ditikam di perut depan
dari tersenyap dalam kecut.


kenapa kita begitu rela untuk mati tak berlawan, sedangkan kalau benar2 mahu terima untuk mati, bukankah cantik kalau dapat dibetah mereka walau sekali? kalau memang sudah diredha dikalah mati, berlawan sedikit-- mana ada rugi?

Thursday, September 23, 2010

menulis

bila semua menulis
sekadar kerana.
dan bila semua menulis
demi semata.

kalaulah diketahui yang menulis itu
bukan sekadar demi kerana semata.

menulis;
adalah menghiris halus hati
lalu memerah limau membisa ngilu--
dan bercerita tentangnya satu persatu.

bukan sekadar demi kerana semata.



menulis, biar jujur. kalau tak termampu, usah.

Wednesday, September 22, 2010

pedih

betapa rupanya
sakit dilanyak2 kaki jahat manusia pada kepala yang terkambus di tanah itu
tak sepedih
tidak diperasan kewujudan ini.


tentang mahu disedari.

Thursday, September 16, 2010

tapi

dibisiknya--

aku cinta
aku rasa
aku suria
aku purnama.

dibilangnya--

aku segala
aku luar biasa
aku ditunggu dia
aku jawapan pencipta.

dibilangnya pada aku di bisiknya--

aku mimpi dia
aku bayang dia
yang sudah ada
sekian lama.

tapi--
malangnya--
disambungnya--

aku ada tapi.


tentang menjadi seseorang yang dikatakan sang sempurna; namun dinafikan kerana sebuah 'tapi' yang tak terjelas apa. sbg contoh: "aku mahu kau, tapi..." atau "kita lengkap, tapi..."

soalan aku: bila sudah cukup, tetapi ada tapi, kenapa perlu dipanggil cukup? *senyum* setuju?

sampai cukup penuh

tidak sampai hati
--melumat hatinya.
tidak cukup hati
--memenuh hendaknya.
tidak penuh hati
--menyangkuk jarinya.

cerita hati;
takkan terfaham siapa2

utamanya
yang sudah hilang terlalu lama
yang sudah kering mencari tak jumpa.


tentang memahami pengkejam hati yang sebenarnya dikejami terlebih lama terdahulu.

Sunday, September 12, 2010

mana

dia sedang berdiri;
satu kaki di wilayah fizik
dan lagi satu --kerajaan mistik

dia sedang bermenung;
satu sayap sudah menyepah
dan lagi satu --sudah mencambah

dia sedang berkira;
satu suara memaksa pergi
dan lagi satu --memujuk mari

dia berdengus.

satu--
hati-- fizik--
menyepah--
memaksa pergi.

satu--
jiwa-- mistik--
mencambah--
memujuk mari.

berdiri,
lalu bermenung,
dengan berkira,
sambil berdengus;

yang mana.



pernah rasakan mimpi2 fantasi itu lebih jelas dari dunia nyata? benci, kan?