dibisiknya--
aku cinta
aku rasa
aku suria
aku purnama.
dibilangnya--
aku segala
aku luar biasa
aku ditunggu dia
aku jawapan pencipta.
dibilangnya pada aku di bisiknya--
aku mimpi dia
aku bayang dia
yang sudah ada
sekian lama.
tapi--
malangnya--
disambungnya--
aku ada tapi.
tentang menjadi seseorang yang dikatakan sang sempurna; namun dinafikan kerana sebuah 'tapi' yang tak terjelas apa. sbg contoh: "aku mahu kau, tapi..." atau "kita lengkap, tapi..."
soalan aku: bila sudah cukup, tetapi ada tapi, kenapa perlu dipanggil cukup? *senyum* setuju?
Thursday, September 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
setuju. ;)
aaaa. kak, nak baca ijab kabul i, ii, iii. aa nak baca. nak baca. mana? mana???
baru semalam terfikir tentang perkataan tapi ni.
setuju.
sangat setuju.
ada button likes tak? :)
sekitar kehidupan .
sentiasa ada tapi .
aku juga .
haha
pandai ;DD
setuju, tetapi?
hee...maen2 aja... tak perlu ada tapi itu lagi.. makin byk tetapi, makin byk la keraguan dan ketidakpuasan.. ;) cantik!!
setuju. tapi...
Teramat setuju!
sunflower:
ijab dan kabul--
http://fynnjamal.blogspot.com/2010_07_01_archive.html
:)
setuju dengan kak fynn.
setuju sangat2~
setuju infinify~ wahaha~
manusia tak pernah rasa cukup. itu hakikat bukan kakak?
itu nak tunjukkan, manusia akan salu ber'tapi'. Tuhan saje tak ber'tapi'. hehe
setuju. tapi... em, cukup setuju tak ni?? haha
saya setuju kak! :)
bandingkan:
- aku sayang kau tapi aku kawin dengan orang lain.
- kau tak pandai masak tapi aku sayang kau.
what matters is the things said after 'tapi', yang sebelum 'tapi' tu takde makna dah..
kak fynn so toucinx weh..
smart gila..
setuju!
berapa banyak tapi...tapi biarlah kena pada jasadnya...
setuju sangat kak fynn.. ;)
Post a Comment