Monday, November 01, 2010

cinta hantu

lalu bagaimana ceritanya kita
kalau matamu tak pernah ada
kalau tanganmu tak pernah ada
sentiasa sendiri sahaja

aku cuma bercinta dengan hantu yang tiada
menampal wajah yang ada pada tubuh yang aku sangka ada
yang cuma ada hanyalah rasa
dan orang kata aku ini perempuan gila

bercinta dengan hantu saja
bercinta dengan hantu saja

aku ingin dipegang, dibelai dan disayang
aku mahu dipanggil-panggilkan "mari sayang"

aku rasa
sepertinya
aku ada hantu saja

bercinta dengan hantu itu tak semestinya indah;
obviously--
hello.

bercinta dengan hantu itu sebenarnya selalu buat aku marah;
seriously--
hello.

yang kita ada cuma sms
webchat pun tak pernah ada
aku cuma ada sesuatu yang aku pegangkan
cuma ruhmu saja

tapi aku mahu dipegang
aku mahu disayang
aku mahu mata kita bertentang
aku mahu kau panggil aku "sayang"

cinta dengan hantu itu tak gemilang
cinta dengan hantu itu buat aku rasa terbuang
cinta dengan hantu itu menyakitkan
cintai aku depan-depan

ambil tangan aku dan bawa berjalan
ambillah cinta aku dan bawa tinggi
ambillah tubuh aku dan kau pegangkan
sampai kita tua
sampaiku mati

aku tak sanggup bercinta semata dengan hantumu yang tak ada
aku tak mau itu semua
aku sendirian takkah kau rasa?





tentang bercinta tanpa bertemu. terlahir dari observasi pada seorang kawan. ye. freestyle. maka seperti biasa, tolong abaikan pitching. :) lagu ada di sisip tepi.

20 comments:

Para Jamaludin said...

ini memang like. gilababi.

tapi video tak available. huu

TepeT said...

thanks mak.

JuwitaSyafique said...

kak, nak tengok video :(

dayahyusoff said...

cintai aku depandepan~

suara rocks lah kak fynn :)

♦♦orked♦♦ said...

my love story..
thanks fynn!!

z.u.h.a.s.l.i.n.d.a. said...

hiks.pernah alami.dulu.walau saket tapi pengalaman yang seronok.

keep it up kakak. i likeee....!!!

(^_^)p lalala.. ~~

yayahamza said...

bila da lalui rase puisi ini tepat sekali !

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

sukaa lirik ini:) mestii best klu gr lagu ini live.....:D

Perempuan said...
This comment has been removed by the author.
Perempuan said...
This comment has been removed by the author.
Perempuan said...
This comment has been removed by the author.
Raja Dol Haq 2 said...

aku dengar ni live kt kotak seni

madumerahjambu said...

suka sangat. kena sangat.

-Sara Cempaka- said...

http://www.facebook.com/video/video.php?v=163153890372945

Url untuk perfomance Cinta Hantu di H.I.M.P.U.N. Harap tak ada masalah untuk dishare dengan fellow fans

NiSha said...

best...

NiSha said...

best... tumb up..

Marhaen Dictionary said...

cinta hantu..
macam mana nak membuang rasa cinta hantu?
sebab cinta hantu ni lebih menghantui dari cinta biasa. :(

Anonymous said...

haha. liriknye menarik. suke! tp melodi cm lain mcm je. org da femes, wat ape pun tetap dipuji ..;)

Fynn Jamal said...

anon;

kejam sungguh. ternyata kamu masih baru mengetahui siapa saya.

carilah saya dari yang dulu, memang puisi bingar adalah kerja saya.

saya bukan orang gila masyhur. dan orang2 yang tahu kerja saya dari dulu memang tahu ini bunyi saya dari asal dulu.

Anonymous said...

wah kakak!!!!!! original u.sgt lame xde freestyle dari kamu.hehe sgt suka. =D teruja habis...