Saturday, December 18, 2010

lelaki

verse
biar sehancur mana
dia dicincang dunia
--tak mati

walau bertalu disiksa
jasadnya takkan meronta
--dia sudi

suka tak suka, tak beza
bibirnya duduknya sama
--tak duli

kalau tak tau jiwanya
seringnya dikeji nista
--dia gigih jadi lelaki


pre-chorus

terkadang aku kasihan
‘tah gimana dia bertahan di selalu
takkah lenguh dia berjalan
meski dalam sendiri dia tau yang sungguhnya dia sunyi


chorus

lelaki
sambutkan hormatku dari seluruh perempuan
moga nanti
datang hari untuk kau betul2 dihargakan

jatuh bangunmu
gagah lemahmu
tidur bangkitmu
tumbuh patahmu

setiapnya kerna perempuan


verse
biar dikata apa
dia tegak mendada
-- dia janji

selagi nafasnya ada
dia kan teguh bersama
-- dia masih jadi lelaki


pre-chorus
terkadang aku kasihan
‘tah gimana dia bertahan di selalu
takkah lenguh dia berjalan
meski dalam sendiri dia tau yang sungguhnya dia sunyi


chorus
lelaki
sambutkan hormatku dari seluruh perempuan
moga nanti
datang hari untuk kau betul2 dihargakan

jatuh bangunmu
gagah lemahmu
tidur bangkitmu
tumbuh patahmu

setiapnya kerna perempuan


verse
biar sehancur mana
dia dicincang dunia

-- tak mati.





sebab sudah terlalu banyak lagu yang memuja perempuan. bila lagi orang lelaki dapat dihargai.
lagu ini aku susun untuk rasa hormat pada lelaki. lagu ada di tepi.

25 comments:

Jef Hadi said...

segerakan kak!

(:

atiqa aris said...

tawu tape.kesian laki.haha

fikrahuddin said...

terima kasih...=)

Raja Dol Haq 2 said...

wah nais kalau begini
wanita hargai lelaki

shahirahkhairudin said...

profound

cendera jiwa said...

terima kasih.
ada jugak orang nak pandang lelaki.

Sofiya said...

betul. saya sendiri yang begitu tak hormat lelaki, tapi begitulah dia. diam saja. tak pernah tunjuk yang dia tu terasa.

Enn 'A said...

Lirik bikin sebak

Ayyman Rahim said...

Inilah wanita semasa. Bukannya wanita yang masih di takuk mentaliti "lelaki-semuanya-sama-je!". Thanks kak!

Pena said...

1 word-AWESOME!

seorang lelaki said...

thanks!

Alynn Idris said...

awesome fynn!!!!

Anonymous said...

wow!!!

Happiness said...

xdpt dgr(mute)
dalam kursus job camp
...balik nnt baru dgr
(sob sob sob)
neway, trima kasih kerana menghargai kamum adam ini

HONEY madu said...

awwwwww~ i like! =)

jiwa besar kuman said...

nice kak fynn :)

Irwan said...

terima kasih wahai wanita.

kecantikanmu lebih terserlah,
dengan kemanisan katakatamu
lenggokmu lebih ghairah,
dengan tunduk kemalu-maluanmu

aku lelaki,
yang ingin mengerti:
bagaimana mungkinkah kau boleh berdiri?
walaupun bersendiri

kerna ketahuilah,
syurga pun tiada maknanya,
tanpa hawa.
dunia ini tiada ertinya,
tanpa ketaatan kepada seorang wanita.

jerih sakit ini hilang makna,
tatkala ku pulang ke rumah,
dan melihat kuntuman
senyumanmu nan mesra

Teruskanlah tersenyum
Moga dunia ini dan aku-akunya sekali,
Lupa
akan kepalatan ini

Anonymous said...

Mohon share?

Anonymous said...

Mohon share?

Anonymous said...

nice kak!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

yep

penembak LENSA™ said...

at last~

Syazwan Nizam said...

great performance tadi..
datangla lagi ke ump... suke3

oshin shorlokman said...

sharee bole ?
btw.,.
awesome <3<3

Ibnu Azali said...

MAWAR

Hangat warnanya
menggamit mata
basah kelopaknya
menggiur rasa.

Sungguhpun
merah kelopaknya tak harum bau
hijau perdunya tak manis madu
namun, dedurinya lembut tak meluka
mesra menyambut jejari semua.

Sungguhpun
pabila dirayu sang bayu
ia bergoyang mengelak jua
ke kiri dan ke kanan menggeleng malu
namun, sipunya kaku menipu
gelengnya tak sungguh dan lesu.

Kerana dia
kembang mawar bukan organik
ditempa ia dari plastik
cantik kerana warna hipokrit
adunan licik tinta sintetik.