perasaan yang terlalu menakutkan
perasaan yang terlalu menyeramkan
aku ditinggal di tepi jalan
aku ditinggal tanpa rakan dan taulan
celakanya perasaan ini
ku fikirkan aku bisa berdiri sendiri
terlalu percaya pada kudrat diri
sampai aku lupa yang aku tak mampu berdiri
tapi bukan sebenarnya aku ini tak mahu
bukannya aku tak mahu ditinggalkan seperti dulu
tapi aku sudah dibiasa untuk berada bersama2 kamu
celakalah engkau yang memaksa aku diajar untuk memegang tangan itu
bila dibiarkan aku sendirian--
ah, celaka.
celaka
celaka
celaka
celaka
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh!
jangan jatuh!
jangan jatuh!
semua orang memaksa aku terjatuh2
dan aku bisikkan pada jiwa aku
yang kulit ini tak akan melepuh
ku biarkan siapa-jutanya berada di belakang telinga
ku biar saja;
aku kata aku takkan jatuh kerana dia
aku takkan jatuh semata!
semata dia
jangan jatuh-jatuh
jangan jatuh-jatuh
jangan jatuh-jatuh
jangan jatuh!
tentang menyuruh diri untuk tidak jatuh. performasi di uniten. video klik sini.
Thursday, February 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
jangan jatuh dan mati. bisikan yg selalu utk diri sendiri.
*xsbr nk tgk video*
hampir jatuh dan mengalah..
tbe2 terbaca entry ni..
won't gv up..tq
=)
jangan jatuh kak fynn, :) hehe puitis
Bila baca ur poem kan, I terfikir, kenapa tak pernah terfikir nak tulis pasal apa yg u tulis. Pasal puisi ni, betul, kita biasa berada dalam keadaan mereka-mereka yang kita selesakan sehinggakan bila hendak sendiri, kita tak terbiasa. Sama-sama jom jangan jatuh? :)
best! i was there!
Terasa seperti diri sendiri mengalami. Semangat untuk terus bangun dan bangun, Love you kak Fynn
sorry salah tulis info.sy dah tuka balik da.thax kak fynn.dtg la uniten lg =)
kalau jatuh..bangun kembali.
Jangan jatuh gilaaaaaaaaaaaaaa..
Hahaha..
waa...
Kak Fynn : saya selalu jatuh...menangis lepas jatuh..teriak bila terluka kerana jatuh..
Bila saya puas lakukan semua itu..saya diam dan tarik nafas. saya bangkit walaupun masih pincang~
jatuh...
pengalaman hidup bercorak dari jatuh..
tiada erti bangun bila jatuh tidak berada dlm hati insan..
bagun lah..
jangan jatuh..suke vid tu..
Ni memang bagus. No doubt that you are talented and inspirational. Tak malu menggunakan bahasa. Bagus.
Tapi tolong. Tolong jaga bahasa, lagi-lagi depan orang tua. Sebab dah banyak kali saya nampak awak menggunakan bahasa kasar di hadapan orang-orang tua, orang-orang tua yang sepatutnya kita hormati. Menjerit "Lancau","Pukimak", "Fucker", etc. Perkataan-perkataan macam ni, kalau nak di lentarkan kepada kawan-kawan, silalah.
Tapi, tolonglah faham erti menghormati orang tua. Belajarlah menapis kata-kata awak itu, especially at the presence of the elderlies.
Hanya teguran sahaja. Bukan nak menjatuhkan nama baik awak. Harap faham. On a different note, goodluck with whatever you are doing.
Post a Comment