dalam keadaan aku bersujud tubuh sehingga terkebas setiap rongga;
aku meminta dia izinkan kamu untukku
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.
dalam terjasad aku bersimpuh terus sehingga tergamam setiap raksa;
aku memujuk dia datangkan kamu selalu
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju.
dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup;
aku menunggu dia hidupkan sepenuhnya
aku menangis agar dikasiankan mimpiku seikhlasnya.
dalam bayangan aku berlutut tegap sehingga terkemam setiap degup;
aku mengemis dia bagikan seredhanya
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya.
namun aku lupa;
dalam keadaan terjasad suasana bayangan aku bersujudsimpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak-terubahkan--
jodoh mati sesungguhnya--
wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata;
telah siap hikayatnya.
mintarayulah,
pujuksembahlah,
tunggutangislah,
emisrengeklah;
--tak terubahkan.
ever wonder how hard you've asked, but still no answer? sometimes, god knows best. all for good reasons, i guess. i don't know. ask him.
Thursday, February 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
=) betul tuh kak fynn...
percaya pada qada dan qadar.
semua dah tertulis.
betol.dah tertulis.
[kagum dgn cara akak gambarkan]
tepuk tangan otomatik~
great. awesome.sgt bagus tuk buat peringatan pasal jodoh yg dah ditetapkan :)
Aku manusia lemah..
Selalu terjatuh..
Huhuhu.. *Yuna
benar setuju!
"ever wonder how hard you've asked, but still no answer? sometimes, god knows best. all for good reasons, i guess. i don't know. ask him."
Love this.
hm..mmg tak terubahkan..mantop...
nice words..setuju:)
setuju...best!
memang tak terubah...kak fynn best..
memang tak terubah...kak fynn best...
sangat kagum dgn setiap karya kak fynn..terkesan dlm hati..sampai.teruskan!
rasa seperti ini masih terasa dan tersisa...
biar sekuat guruh aku berkata "tidak",
masih terbisik di dalam hati berkata "yang aku mahu tetap kamu!"
sangat sangat kagum dengan penulisan kak fynn :)
yup.. setuju..
yup.. benar..
:(
pandangan ni la yg org selau salah faham~ bkn xnak kabul..bkn kna tgl..ada sbb Dia..
pnuh maksud tersirat dan mmberi pengajaran... God know best..
kak fynn! sgt menarik.. mmg da tertulis..dan x mampu terubah kan.. mohon share kak fynn.. utk bacaan teman2 yg lain.. supaya mereka juge sedar.. yang kite tak mampu merubah ape yg telah tertulis!
share ye kak fynn! sgt menarik.. utk panduan org lain jgk.. ape yg tjadi..da tertulis.. kite x mmou utk ubah.. :) i got it now.
Post a Comment