Monday, March 21, 2011

malu

mengenali seorang yang semanis itu--
membikin aku menjadi seperti termalukan;
-dia begitu manis
-dia begitu tampan
-dia terlalu anggun
oh, aku mau jadi rupawan.

tapi aku malu untuk bertanya namanya
aku malu untuk kata yang aku suka.

pandanglah sini
lihatkan aku yang seperti bernyanyi
--malu2.

pernah tak kalian terjumpa sesiapa yang kalian begitu suka?
tetapi tidak tahu untuk berkata apa,
kamu cuma termalu seperti bongkah ais yang tercair
kamu begitu dimalukan;

kamu mau untuk bertanya,
"mahukah kau menjadi aku punya kawan, hai si tampan?"

aku mahu menjadi kawanmu
aku mau kita berkawan.

oh~

tapi bila aku perhatikan lama2
dia rupanya sudah ada orang di sebelahnya.
oh, no~
what to do?
(oh, my god~ oh, my god)

aku nak jumpa sama dia
aku hendak kata yang "hey, i really like you"
oh, no~
oh, what to do?
(oh, my god~ oh, my god)

aku termalu sendiri tapi aku mahu dia terus perhati
hey, lihatlah aku disini menanti2 kau memandang aku di sini.

aku sudah jadi--
malu malu malu malu malu malu malu malu
malu malu malu malu malu malu malu malu
malu malu malu malu malu malu malu malu
malu malu malu

malu~

aku jadi malu
padahal itu bukannya karektorku
aku begitu gagah
aku tak pernah lemah.

tapi bila di depanmu aku jadi
seperti bongkah
seperti terpecah
seperti terkalah.

hey, jejaka
apa yang kau pakai
apa yang kau pakai
aku sudah bingai.

oh, no
oh, oh no
oh, no, what to do?
what am i to do--
now that i am so in love with you

so so so in love
so in love with you

aku jadi--
malu malu malu malu malu malu malu malu
malu malu malu malu malu malu malu malu
malu malu malu malu malu malu malu malu
malu malu malu malu malu malu malu malu

malu~





tentang perasaan crush. untuk video gedik, mari ke sini:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150122174624528&set=a.10150122172694528.311826.638329527#!/video/video.php?v=10150126852058830&comments

:)

Wednesday, March 09, 2011

tau

verse:
dan kau tanya dalam diam,
dengan mata kau biar pejam;
bagaimana mungkin wujud sunyi
di riuh engkau berdiri?

pre-chorus:

satu-persatu hilang ertinya,
berdikit2 menyesak dada,
mahu kau lari dan bersembunyi,
tapi mana kau harus pergi?

chorus:

haus--
tak terpuas lautan,
lapar tak terkenyangkan;
kau tau--
namun tak kau akukan.

pre-chorus:

kau selongkar bumi langit petala,
sedang jawabnya lama kau ada.
maka perlu apa kau bongkargali,
kalau cuma diletak tepi?

chorus:
sayu--
tak terjelas fikiran,
rebah tak tersambutkan;
kau tau--
namun tak kau akukan.

bridge:

apa kau cari yang sebetul2nya?
lama mana begini
--bertelanjang jiwanya?

haus--
tak terpuas lautan,
lapar tak terkenyangkan;

kau tau.

sayu--
tak terjelas fikiran,
rebah tak tersambutkan;

kau tau.

kau tau.
kau sayu.
kau rindu;

--sama tuhan.



pernah rasa? ini cerita tipikal orang jahat rindu tuhan tapi malu untuk jumpa dia dalam compang camping jiwanya.

lagu nanti2. laptop rosak.

Tuesday, March 01, 2011

si aneh mati dipijak

dan dia ditenyehlumur habis-habis tanpa kasihan;
bajunya disiat2 dan perutnya dipijakhenyak penuh kesumat.

mereka jeritkan--
kamu perlu sama dengan kami.
perlu sama!

dan dia masih senyum ditenyehlumur dipijakhenyak;
tak tercuitkan.

maka begitulah muqadimah hebahnya,
kisah matinya si aneh yang tidak mampu untuk cuba menjadi sama.
yang mana sebenarnya lebih aneh--
bukankan yang patut dibunuh kerana sebab itu;

adalah tuhan?