verse:
dan kau tanya dalam diam,
dengan mata kau biar pejam;
bagaimana mungkin wujud sunyi
di riuh engkau berdiri?
pre-chorus:
satu-persatu hilang ertinya,
berdikit2 menyesak dada,
mahu kau lari dan bersembunyi,
tapi mana kau harus pergi?
chorus:
haus--
tak terpuas lautan,
lapar tak terkenyangkan;
kau tau--
namun tak kau akukan.
pre-chorus:
kau selongkar bumi langit petala,
sedang jawabnya lama kau ada.
maka perlu apa kau bongkargali,
kalau cuma diletak tepi?
chorus:
sayu--
tak terjelas fikiran,
rebah tak tersambutkan;
kau tau--
namun tak kau akukan.
bridge:
apa kau cari yang sebetul2nya?
lama mana begini
--bertelanjang jiwanya?
haus--
tak terpuas lautan,
lapar tak terkenyangkan;
kau tau.
sayu--
tak terjelas fikiran,
rebah tak tersambutkan;
kau tau.
kau tau.
kau sayu.
kau rindu;
--sama tuhan.
pernah rasa? ini cerita tipikal orang jahat rindu tuhan tapi malu untuk jumpa dia dalam compang camping jiwanya.
lagu nanti2. laptop rosak.
Wednesday, March 09, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
senyum. malu mahu bertemu dalam jiwa masih bertelanjang~
tersusun dan menarik untuk dicuri. izinkan.
hebat.
pernah rasa.
hebat.
pernah rasa.
Nak dengar
rasa jauh di satu sudut hati..
sampai bila ye..
ahah, so u've finally evolved from a poet into a song writer! u've got the talent gal.
comel :)
NAK LAGU NIIIII!!!
“…Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-janjiNya.” Surah Az-Zumar ayat 20.
best lirik ni... :)
pertama kali dengar fynnjamal at utm,,memang best,,persembahan pertama buat saya terpukau,,
Post a Comment