Monday, December 29, 2008

sendiri kecuali

disebat birat di likat pekat malam dakwat,
dan tetap, pekik lolong meraung menggaung semata,
dengan tiada telinga menangkap serap menghinggap deria.

dia sendiri.

digelegak ke kerak kepala ke hilang serak suara,
dan tetap, jerit rayu sayu mendayunya ditelan dunia,
dengan tiada mata menoleh memboleh simpati rasa.

dia sendiri.

hilang gemilang terbilang dahulu megahnya,
kerna di situ, di bawah itu bersatu dengan batu,
dengan tiada telinga dan mata memberi bantu.

dia sendiri.

sendiri,
kecuali dengan tuhannya.

8 comments:

asybedazzle said...

bantuan Tuhannya memberi makna,
berkumandang suara menegakkan bahasa,
yang tuli lagi hina,
namun,
dia sendiri,
menanggung segalanya

*hanya mencuba. :)

n u r i d r i n said...

ini mengingatkan saya pada mati.
mati di kuburan,
bilik sendiri.
seorang satu.
kalau esok mati,
doakan.

ada masa putus harap.
pada hidup yang rasanya pura2.
pada jatuh dan bangun.

pinjam bahu kakak.

maaf2,
emosi kecamuk lagi.

zaidharis said...

si mati,
siapa?
kau,
mati,
dan kau,
akhirnya pergi,
sayang,
aku ingin berbisik,
marilah,
dengar ya,
.
.
.
NYAH KAU DARI SINI,
KE NERAKAMU,
SIAL!!!

Hannanika Chan said...

hmm..suka sangat yang ini!

tuhan,
tiada satu perkataan di kamus yang dapat gambarkan ketenangan bersamamu
justeru aku terlalu mencintaimu :)

*peluk kakak*

adex sayang semua said...

tenanglah hati membaca ayat2 ini

datin zinnia said...

.bersama Tuhan.
.memoHon sesuatu.
.keampunan masa silam.
.dan kegelapan lampau.
.bersama Tuhan.
.aku mohon.
.kurniakanlah aku.
.keampunan Mu.
.sebelum aku pergi.
.menghadap Kamu.
....*menangis.dalam hati.

david santos said...

Happy New Year...

gigger said...

air longkang yang kotor bukan tempat ikan emas berenang tenang..
laut yang dalam bukan tempat ikan emas berenang tenang..
sungai yang deras bukan tempat ikan emas berenang tenang..
dalam cawan yang kecik bukan tempat ikan emas berenang tenang..

**merepek sebelum nak g mandi...