ambil deterjen ini, hey raju,
dan sental kulitmu sampai terhakis,
kerana kau lebih bacin dari baju
yang terbiar dalam besen berbau kudis.
biar tersiat kulitmu, hey raju,
abaikan pedas air kimia menghiris,
akan padam sumpahan warnamu,
yang dicetak-sebar anjing prejudis.
selagi hitam, keling, kerinting,
tetap tak akan kau penting,
hey raju.
ini puisi penuh sarkasme untuk meluah bagaimana pun jiwa kita, wajah juga yang dipandang pertama.
Friday, April 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
raju....
kne brubah redha aje kot nyer....
(atau sy nih yg ta fhm?)
kak fynn sebenarnya nak tulis 'hey naju' kan?
:P
perkauman?
hey raju,
tajuk lagukah..
aha,
i want to greet my lecture just like that..
hey raju..
kontroversi....
i guess....
deyyy raju!
betol.
itulah manusia.
yes. setuju. sesetengah orang menilai orang lain dengan wajah. bak kate omputeh, DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER!!!
Hi Fynn, saya sangat suka persembahan awak di Pentas 152 yang saya tonton LIVE dari internet.Saya ada sebut pasal awak dalam blog saya. Hope you don't mind.
erm.keling?
harap adik2 dan pembaca lain dapat baca di antara baris (read between the line -wtf?-).
kadang2, perkara yang penting adalah makna dan konteks, bukan apa yang terzahir.
teknik ini dinamakan sarcasm.
:)
owh,,ok2..
Don't just book by it's cover..
Manusia melihat yang cantik yang belum pasti sempurna.
Manusia kurang memikirkan sempurna yang pasti cantik.
Manusia mengilap yang gelap untuk terus gelap.
Manusia mengilap yang cerah untuk terus cerah.
suke yg nie...penuh maksd mendalam...
Post a Comment