Wednesday, May 06, 2009

telah juga sudah selesai

hey kekasih, lihat sini di jari aku ada apa
ini hati engkau yang semalam kau pesan
untuk aku perhati hati-hati dan jaga-jaga;

dan itu, telah aku lakukan.

hey kekasih, mari sini rapat sedikit pada aku
ini masih berdarah, katamu, baru dikeluarkan
untuk aku pertonton tiap saat peliharakan itu;

dan itu, telah juga aku lakukan.

hey kekasih, dekat sini kerana aku ada tanya
inikah hati engkau yang masih merah 'tuk disimpan
untuk aku perhati pertonton buat selama-lama?

kerana itu, telah juga sudah aku lakukan.

hey kekasih, jawab sini dan jangan engkau kaku
ini yang kau sebut suci demiku apakah mainan
untuk aku kau olok-olok, bodoh-bodoh, batu-batu?

kerana itu, telah juga sudah selesai aku lakukan.

ini di jari aku bukan hati merah berdarah suci
cuma tembikar, bersalut getah manggis warnanya.
lihat sini, mari sini, dekat sini, jawab sini;

kerana setelah sudah selesai aku lakukan semua,
ku mahu tahu mana sebenarnya kau punya hati.

4 comments:

Anonymous said...

entahlah. ada hati? xda hati?
Hey kekasih,
hati hitam kau yang suruh kau jaga supaya aku jahil munurut kata mu.
Hey kekasih,
darah kotor kau yang kau suruh ku minum, supaya aku bodoh dalam perhubungan dengan kau.
Hey kekasih,
Hati dah hitam, tiada suci yang kau beri untuk aku.
Hey kekasih,
Dari awal kau beri aku kotor, kotor jugalah akhir hidupmu nnt.

sarahmeay.snm said...

ah
terkena dengan sarah kak
grrrr.
punya videonya?

Sara Musfira said...

Mesti penat bukan?hmmm

LavENDer Wind said...

aku cuba fahami bait2 katanya...mungkin aku silap

adakah kamu ingin lupakan kea darah tikaman satu hati yang lalu...tak perlu,bila kamu ada hati yang baru membawa nyawa dan nafas baru

***salam singgah
jemput/follow blog aku juga