Friday, January 28, 2011

suatu pernah

verse 1
habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...



verse 2
dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.



chorus
terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.



verse 3
takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.



(repeat chorus)


bridge
pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu—
pernah.




tentang cinta yang pernah. lagu ada sini. sila.

Thursday, January 27, 2011

diruntuh langit

verse
diruntuh langitku
terserbuk diremuk;
lebur
hancur

kau cuma ketawa
disorak rancak ribut--
hanyut


chorus
titis mataku terus kau hirup
tak bercukup,
bergumpal pilu di jantung
yang mungkin mula terkatup


verse
takkan ada siapa
sudi memahami teguhku--
menunggu

di runtuh langitku
tetapku tegap kaku;
rebah bukan sifatku


chorus
titis mataku ini memangnya
‘tuk kau minum
berperah darah
demi ‘tuk melihat kau tersenyum





tentang langit yang diruntuhkan sengaja. lagu baru. rekod nanti2.

Friday, January 14, 2011

menemui ayahbunda

menemui ayahbunda;
dengarkan suara saya
semoga akan ada harinya didengar suara saya.

menemui ayahbunda;
aku ini zuriatmu bunda
aku ini zuriatmu ayahanda
lalu apakah ku tak ada harga?

menemui ayahbunda;
apakah tidak ada sesiapa
yang menemani saya di kala malam tiba?
saya sendirian sahaja

kalau diingatkan tentang saya--
fikirkan di mana ditinggal saya;
bersama serangga-serangga kecil,
bersama matahari yang tak mongil,
bulan yang tak mau memandang saya,
semua yang tak mempeduli saya.

di mana ayah
di mana bunda
di waktu saya meminta?

aku pernah berjanji pada tuhan untuk menjadi zuriatmu yang terbaik,
aku dibagikan oleh tuhan dipelihara untuk engkau dijanjikan baik;
tapi mengapa wahai ayahbunda dibagikan aku kepada lantai yang tak ada--
berumah dan beratap pada yang tidak mahukan siapa saya?

bagikan saya pada sesiapa yang inginkan saya,
bagikan saya pada yang tak mampu untuk ada,
bagikan saya!
bagikan saya!

wahai ayahbunda yang tak pernah mahu aku,
dengarkan suara aku ini:
aku ingin dibelai dan disayang.

mungkin satu hari--
aku jadi pramugari,
mungkin juga jadi arkitek,
jadi cikgu,
jadi apa saja yang mungkin;
semua ada

tapi
pandang-pandang
di mana saya

menemui ayahbunda.




dengan membayangi suara anak yang dibuangtepi, dengan seolah mendengar mereka membisik pada sang ayahbunda yang membiari mereka terbiar situ. tulisan ini terlalu picisan dan mungkin tak mengesan apa2 dan siapa2. cuma semoga, datang hari, habislah binatang kita dalam diri ini.

lagu dicipta bertema "apakah dosaku", untuk malam puisi riong di UMP Gambang, demi mengenang nasib2 anak kecil yang dibuang. untuk video, klik sini.

Wednesday, January 12, 2011

na na na (bila sudah suka)

na na na na na na na
na na na na na na na ...2x

bila sudah suka--
jalan sama-sama,
bila sudah jalan--
mau pegang sini-sana.

bila sudah suka--
pandang sini-sana,
tapi yang sebenarnya--
teraba-teraba.

na na na na na na na
na na na na na na na ...2x

adik-adik,
dengarlah lagu ini.

bila sudah suka--
sukalah sahaja,
jangan buat yang macam-macam orang tak suka.

kalau sudah suka--
pergi kat makbapak dia,
cakapkan "makcik, saya 'nakkan dia".

na na na na na na na
na na na na na na na ...2x

masalahnya zaman sekarang ini
kita terlalu banyak adat dan budi.

yang kita nakkan--
benda yang murahan,
yang mudah,
yang tak susah,
yang tak berpayahan.

tapi masalahnya terlalu banyak jagakan hati orang sini dan sana;
nak kahwin yang sikit--
orang ‘kan pandang;
nak kahwin besar pun--
hey, orang 'kan pandang!

jadi nak buat macammananya kita?

kita nak kahwin--
orang tak suka,
akhirnya diam--
sini sana kahwin dalam bilik sahaja.

na na na na na na na
na na na na na na na ...2x

bukan nak salahkan makbapak atau sesiapa,
kita nak cakap yang kita tak mampu,
bukannya tanak kahwin grand sini sana,
tapi duit tak ada, wahai ayah ibu!

kita pun hendak kahwin tapi tak ada duit,
kalau tak ada duit, macammana hendak kahwin?

kalau tak ada duit, nak kahwin memang sakit
aku yang kan sakit--
"kita yang perit!"

na na na na na na na
na na na na na na na ...2x

dengarkan sini!
susahnya nak hidup sekarang,
hendak buat apa semua dipandang,
tapi kalau ada tuhan di dalam,
buatlah apa kita tak pandang.

na na na na na na na,
buat apa-apa fikir tuhan kata apa,
na na na na na na na,
buat apa-apa fikir apa tuhan kata.

na na na na na na na
na na na na na na na ...2x

kahwin saja--
mak bapak kan suka--
murah tak apa--
tuhan suka.





sampai bila adat perlu pegang cara hidup kita? benar, ia perlu ada, tapi BUKAN sebagai kitab berjalannya putaran dunia. apa sungguh kita lebih sanggup bermati anak? pegang peradaban tuhan, agama jauh lebih mudah dari yang kita tahu.

lagu dicipta bertema "apakah dosaku", untuk malam puisi riong di UMP Gambang, demi mengenang nasib2 anak kecil yang dibuang. untuk video, klik sini.

Tuesday, January 11, 2011

si gadis

fynn jamal:
----------
menjadi gadis itu memenatkan
menjadi gadis itu merimaskan
suatu kerja berat dan membeban
menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan

keterlaluan berani akan dibenci
keterlaluan lemah akan dikeji
perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak dicantas


wani ardy:
----------
si gadis menelefonku malam itu
teresak mencerita jiwa luluh
dihiris bahasa tajam dari mulut
si gadis tiada daya menutur


wani ardy / ana raffali:
---------------------
lalu aku membalas:
bukan tugasmu memuas
manusia berbeza minda
tak akan sama


ana raffali:
----------
si gadis terus meluah hampa hati
perlakuannya salah serba-serbi
semakin keliru dengan mahu diri
si gadis soal "bagaimana lagi?"


wani ardy / ana raffali:
---------------------
lalu aku berkata--
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna pada manusia?


fynn jamal:
----------
kita gadis memang sering menyongsang rasa
mana cinta, mana rasa, mana dia?
dengar sini, mahalkan air jiwa kamu
simpankanlah dan hulurkan hanya pada dia itu


wani ardy / ana raffali:
---------------------
lalu aku berkata--
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna pada manusia?


fynn jamal:
----------
perlu tabah
perlu gagah
usah resah
usah goyah

ayuh gadis,
berhentilah kau menangis.



fynn jamal, wani ardy & ana raffali. satu kolaborasi satu masa dahulu, untuk 3 venus. tentang memujuk gadis halus hati yang sudah penat menggagah tulang belakangnya; ada masanya kalian perlu duduk juga.

lagu boleh dipertonton di sini. jemput klik.