Friday, January 28, 2011

suatu pernah

verse 1
habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...



verse 2
dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.



chorus
terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.



verse 3
takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.



(repeat chorus)


bridge
pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu—
pernah.




tentang cinta yang pernah. lagu ada sini. sila.

15 comments:

sLayer said...

cant wait!!!

sebab lirik dia membawa rasa hati aku.

mahfuedzha said...

AKAKKKKK!!!!!!!!

owh... sekali lagi dalam hidup dimaknakan tepat tuju ke muka... adoilaaa...

terima kasih. dan saya pasti tunggu suara akak untuk meruntun jiwa... (^___^) b

aisyah said...

saya tunggu
:)

d_tieah said...

Tak sabar!

amirah azizi said...

oh kaka mungkin akan buat saya menangis lagi -.- , *sayang kaka* :)

Shazwani Farhah said...

oh..nanti mesti ternangis lagi nih

sery said...

suda 3 hari menangis, bila tengok lirik ni, menangis lagi.. sangat kena dengan apa yang saya alami sekarang.

zareyLLYA a.k.a Cahaya Azun said...

melutut memohon dipinjamkan saya sebentar .

terima kasih ^____^

Anonymous said...

terima kasih.

saya sayang awak.

arz,

Kimaizura said...

lagu ni cool :)

mira madihah said...

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

suka akan ini. :)

AlamSihat @ PJK Felda Gunung Bongsu said...

terima kasih untuk ini.
kamu meLAGUkan hati orang2 seperti aku.
terima kasih ~!

Razil Tahir said...

cool la!
keep it up!! :)

dimie said...

kak...saya nak dia punya chord

Norsyafirah Azhari said...

terbuai buai dgn suaranya... :)