apa perlu dibohong si hati ini lagi?
sedang perasaan bukan anak kecil yg perlu digula-gulakan.
maka larilah dan terus lari.
bohong yg terang, usah kau pasang sang angan-anganan.
dan jika ada yg mau mendepang tangan memeluk ribut,
mampasak kaki mempeluk badai, melagu tangis,
harus kau lari dan terus kabut!
kerna takkan termampu kau hadap dunia yang bengis.
maka lagu hatiku itu diritma dari bibir ke bibir,
dibaca disampai dek semua kecuali diri aku,
dan kau andai pelbagai sebagaimana dia fikir,
tapi sayang, lagunya kau nyanyikan sebu.
a continuation of Lari Dan Terus Lari. One of my early poems. About giving up.
Friday, July 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment