Saturday, March 24, 2007

lari dan terus lari

berlari ke arah terbitnya mentari
dan berlari sambil mata terpejam
lari dan terus lari
lari untuk mengejar mimpi yang memadam

namun sekuat mana larian itu
takkan mampu memanusia sang impian
lari dan terus lari
pada satu ingin yang hanya harapan.

masih berlari menuju langit subuh
dan mendepang tangan untuk memeluk pagi
lari dan terus lari.
satu larian yang tak ada henti.

lari dan terus lari.
tanpa erti.
maka, berhentilah.

4 comments:

Sarah H said...

"Lari dan terus lari"

Lari laju bila dah nampak tuju, lari dengan niat murni maka kita akan bisa terbang berjaya :)

Rainbow said...

kosong dan sakit sekali
:(
tapi ku terus lari dan lari
lagi2 kosong itu.lagi2 sakit itu.
larilah aku terus lari.
jatuh aku.tlg bangun lagi!

opendra said...

your words are dammmnnn hot...

opendra said...

Tengok orang belari,
entah apa dikejarnya,
mungkin salah sendiri,
mungkin ingin mengenal diri,
mungkin kerana orang dengki....
tapi lari itu nikmat yang mesti disyukuri..