Saturday, November 08, 2008

bakar diri

dan kau mintakan aku membakar diri menerang malammu yang sangat gelita,
dek takutkan jembalang yang tidak penat mengganggumu setiap malam dan siangnya.

tidakkah kau kenal aku.

kerna perlu apa kau tanya-tanyakan izin dari aku ini, wahai kekasih jiwa,
nan terdehem sedikit pun sudah pasti aku berlari merempuh langit petala.

tidakkah kau tahu aku.

dan padanlah sama yakin wajahku yang sudah siap berkeris menjaga,
rupanya ku bakar diri aku ini buat menyuluh cinta engkau dan dia.

2 comments:

sAfFiYaHnAjLah said...

rupanya ku bakar diri aku ini buat menyuluh cinta engkau dan dia.

sgt mendalam..

sama ada membakar diri secara rela mahupun paksa rela..
di pergunakan mahupun di pergunakan..

nurfakhriah basar said...

;)saya pernah alami ini