Monday, January 26, 2009

diam

life goes by
sky will cry
the rain passes by

it's broken
it's frozen

senyum tawar
mata sasar
gelak dipaksakan

hati ini --
keras
batuan

kau angkatkan tangan
kau alamatkan pada tuhan
kau tanyakan dan tanyakan
kenapa. mengapa.

redha itu suatu perkataan
yang kau zikirkan
semata-mata untuk tenangkan hati kawan

kau katakan kau pasrah
kau katakan kau serah
tapi tuhan kenal engkau!

kau baling semua rahmat, hadiah, cinta Dia
dan kau bandingkan sama hidup kawan
kenapa. mengapa.
cuma dia.
bukan aku, hai tuhan?

murahnya bicara
apakah berharga syiling semata?

kau berikan rumah-rumah
-- ini orang syurga
-- ini orang neraka
kau katakan dengan bangga

tuhan ada di atas, di bawah, di kanan kiri
di mana-mana
siapa engkau bertanyakan aku?
ini aku sama tuhan aku.

mulut, senyumlah
mata, teranglah

lakonkan tari zapin depan kawan-kawan
jadilah siapa yang mereka mahukan
tapi di dalam hati nanti
kamu tanyakan sama tuhan:

"apa lagi yang kurang, tuhan?"
"apa lagi yang belum aku lakukan?"

jangan kau sebut nama tuhan aku
jangan kau laung tuhan aku
usah kau dengarkan semua lagu

hancur.

kalau di hati tiada ikhlasnya,
kalau di hati tiada jujurnya,
diam.





a turning point in my life, i guess.
just another phase in my life.
video here.

5 comments:

. said...

kak fynn buat la buku koleksi puisi2 kak fynnmcm chairil anwar.:)

pkck am said...

sis, takde niat nk berkarya dlm bhsa eng plk?

S90 said...

gosh..
u write very well..

nadiahchem said...

a turning point for us. really, i cried that night. firstly on the 1st one, yang 'maafkan' tu. and secondly this one. Tuhan sangat baik. Dia jumpakan kita dgn jalan keluar di tempat-tempat yang kita tak pernah terfikir.

seseorang said...

kagum dengan bahase akak...
tringin nak wat puisi macam nih...
truskan kak ek.....
suke tgk akak perform puisi....
last tgk akak kat layar tanchap...
tapi skang tak dapat sebab dah jauh...haha
pepon keep on...