mungkin aku ini terlalu sasar bahasanya
tapi hey, takkan kau tak kenal aku?
aku ni kan perempuan gila
yang di kadangkala aku ini melepaskan semua
yang di kadangkala aku marah dan makikan segala
dan di kadangkala aku katakan perkara yang aku tidak katakan di dalam hati aku
sku kan begini memang si bodoh itu
adik!
kalau kau minta bulan yang terang
bilang saja akan aku terbang sekarang
dan akan ku petik bintang itu bersama bulan
menjadikan kerongsang di bajumu
di hari itu
bersama kita berdua sebelum ku katakan nista
yang merenggut hati engkau
kalaulah aku mampu ulang semula hari itu
kadangkala aku fikirkan semua yang kita harung bersama
kadangkala aku merasa tidakkah kau kenal aku siapa?
kalau kau mahu bintang di awan
akan ku ambilkan
kau timangkan
kita hanya berdua
berdua tanpa bunda
maafkan
maafkan
maafkan
maafkan
adinda beta,
maafkan
rantai 2008. teringat achik. sebulan tak bercakap. syukur. sebab sekarang dah okay. kita selalu bertekak, kan, chik? tapi awak takkan dapat kakak yang lebih sayang awak berbanding angah, tau. tongong.
video di sini.
Wednesday, January 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
sedihnye...knp nii??
Sayang adik saya. Itulah, sometimes kita tak perasan pun apa yang kita cakapkan kan?
=]
dan malam itu pertama kali melihat kamu kak,
live depan mata,
dan puisi ini, leka di hati.
terima kasih.
sudah lama nantikan yang ini.
1st taim kau bace blog ko, nice write...tp kaler font tuh memedihkan mata aku laaa... aku kene higlight baru kliye
kadang² adik ni tak faham yg kita ni sayang dia..
bila kita tegur, dia tarik muka dan tak bercakap.
sayang adik tangan-tangankan!
hatiku sgt sedih bila kamu membacanya
sehinggakan air mata ini jatuh dengan sendirinya.
tahniah kak!!
kakak berjaya buat air mata jatuh lagi.
dan, buat rindu pada gelak tawa adik2.
terima kasih utk itu.
sweet sbrnyer~
insan yang ku gelar kakak itu pernah mengguris hatiku kerana bisa katakatanya
dan bisanya masih menjadi racun di hati ini sehingga kehari ini
tapi aku tahu sekuat mana kau cincang air itu
manakan bisa putus kerana itu air
begitu juga aku dengan kakak. yeah. dia kakak aku. terima kasih untuk puisi tersebut. sangat mencintai karya2 anda. :)
Post a Comment