Saturday, January 31, 2009

suamiku dan musiknya

seperti membiar ikan berenang cetek,
melihat lelaki itu yang tanpa musiknya,
semacam sekadar merenung helang diikat kaki,
keterbatasan memijak tekak dari bersuara.

maka bagaimana hendak aku bisikkan pada dia yang aku rindu sama bunyi-bunyinya,
yang aku laparkan gemersik suara dia menderai malam-malam seperti dulu-dulu,
aku secara bersihnya tidak tahu.

dunia sudah minum dia sampai kering.
yang aku ini terpaksa berebut-rebut untuk meneguk dia.
kasihan benar, wahai kekasih beta.
keji benar sekalian maya dan raga.

aku pujuk tuhan agar dikembali-hidupkan,
semoga dia semula elektris mempesona,
sebab dia memang ikan di laut lepas.
dermaga, air dan ombak besar adalah jiwa dia.

dunia,
jangan ratah lagi suami aku.
kasihan dia.

i realized sometimes, i talk in poetry. so this is generated from my everyday blog.

10 comments:

pkck am said...

psst, any tips utk saye
agar mampu menulis sbaik sis?
ilmu jgn di simpan seorang,
sharing is caring! hehe ;Pp

sasha* said...

i love this one sis :)

Abeku said...

Pergh..lengok tata kata sungguh mengoda

Jaja Kadir / Coffeeholic said...

suka kamu!=)

teruskan. i might ambek u for my next project.

her royal highness said...

sukanya.

=)

scha the forgotten said...

kak fynn..pergh...hebat..cam ni cap eh!!

imranabduljabar said...

adalah perkahwinan
suatu perkongsian
terserah 'tuk imbangkan

kamu dambakan dia
dunia perlukan dia
musik rindukan dia

tapi fynn,
dia perlukan siapa?
dia perlukan apa?

adakah dia
dalam perkongsian ini?

fynn jamal said...

imran!
aku rasa soalan itu betul2 tepat ke kepala.

sang suami sentiasa berdiam dari meluah apa dikehendaknya, kan..?

ah,
sang suami kekasih kami.
betapa murni.

iYda Juhar said...

kamu kini muzik hatinya.

(;

::i'm a dreamer:: said...

puisi yang cute ;)