Tuesday, May 12, 2009

selamat hari ibu.

bunyi mendesir diterpanggangnya bawang putih
harum membersin ditertumisnya rencah lada kering
telah lama mati sekali dengan terkatupnya dapur.

aku tersedar untuk kali ke lapan ribu,
bunda sudah lama berumah di kubur.

17 comments:

aishah_conteng_je said...

al fatihah~

utk ibu kak fynn...dan ibu2 mereka yang telah dulu pulang pada kekasih cinta hati selamanya~

nabilah saraf said...

semoga diletakkan bersama2 org yg beriman.

tapi, sayang mak sampai bila2 x hilang.kan?

(:

honey said...

selamat hari ibu kakak..
saya pun utk kesekian kalinya baru t'sadar ibu berumah di belakang masjid sana..

-akueMpTy- said...

Al-fatihah..

Syuhada said...

Kak Fynn, semoga arwah bunda Kak Fynn aman di sana dan rohnya dirahmati Allah. Amin.

Syafy. said...

bonda saya juga sudah tiada.

tapi tetap juga hari-hari ingat kt dia.

hurm.

HajarAznam said...

Al-Fatiha sebagai hadiah terindah di hari ibu buat ibumu yang selalu dirindu.

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam malam Fynn,

kukuhnya ingatan ...

Yusrika Bahar said...

SANTUN TIMUR
oleh Yusrika Bahar

Manusia santun timur
Secangkir kopi hangat juga beralas
Sepiring kudapan bujang terhidang
Bermanis mulut buka bicara
Beranak tangga berbendul
Berkanan berkiri
Kata siang dipandang
Ungkap malam didengar
Melintas mengundur maaf
Malu bagai tiada seurat benang
Kerling ada makna
Senyum sirat isi tersurat
Bila beransur jari bersusun tanda

WRD said...

Selamat Hari Guru. :)

Qarmadharma said...

ermmm

berbeza sedikit
hari ni 'hari bapa telah tiada'

Dark Ray said...

al-fatihah..

faziz ar said...

Innalillah... cantik puisimu tntang ibu.. nostalgia yang shahdu..

hanis said...

AL-FATIHAH untuk bunda...

blowie said...

al-fatihah buat bunda kak fynn yg tersyg

sitisayangg; said...

ringkas tp menusuk.

cik kedut said...

ibu. ta akn penah ilang di ingtn bukn?
:)