Thursday, May 07, 2009

semboyan

lagu ini adalah untuk kita semua dengarkan beramai-ramai
lagu ini adalah untuk kita dengarkan dan ambil perhatian
lagu ini untuk kita bangkitkan
lagu ini untuk kita jeritkan

lagu ini aku hendak panggilkan suatu semboyan

untuk sesiapa yang pernah hidup merasa ditekan, merasa dikambus
untuk sesiapa yang pernah mati bukan sekali berkali-kali

wahai kawan-kawan,
wahai pakcik-pakcik,
wahai makcik-makcik,
wahai tuan-tuan;

pernahkah kamu merasakan apa di dalam hati yang kau tekankan?
berapa ramai manusia ada di keliling kamu membeda-beda?

"siapa yang itu?
"
"siapa yang ini?"
"siapa yang sana?"
"siapa di sini?"

kau rasakan begitu marah
kau rasakan sudah tak gagah
kau rasakan sangat sedih
kau rasakan sangat pedih
buka langkah jalan megah
jangan gentar halilintar

buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut

buka mata buka telinga
dengar saja suara kita
kadang-kadang kita rasakan
semua yang telah kita lakukan
sudah terlalu sempurna --

tapi kenapa saja
mengapa saja
selalu salah di mata mereka?

kita katakan kita mahu ini
kita katakan kita mahu itu
tapi aku hendak tanya kenapa cuma di dalam hati kamu?

wahai semua, bangkit sekarang!
sampai bila hendak kalah di perang?

bila-bila akan mati
tapi adakah hari ini?
buka langkah jalan megah
jangan gentar halilintar
buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut

buka langkah jalan megah
jangan gentar halilintar
buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut

buka mata dan telinga
jangan takut pada semua
buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut




puisi ini adalah untuk kita2 yang pengecut untuk menjadi apa yang kita mahu jadi. lagu ini adalah hasil kimia saya, tri, syafiq dan wani ardy yang tidak tidur sepanjang malam melayan denting ini. karya ini benar2 karib dengan kami. untuk video, klik sini.

8 comments:

hikari said...

where's the link for the video?

mr kay said...

xde video pon..

kagum ngan kak fynn punye puisi..

Anonymous said...

insan yang takut melawan benda yang batil saje yang hanya bersuara di dalam hati.
takut org benci,
takut org ngumpat,
takut org pinggirkan,
takut org kata "poyo",
takut org kata nk kejar glamour.
bila suara di hati tidak dilunaskan oleh pihak2 tertentu.
mulalah diri sendiri membenci, mengumpat, meminggir, mem'poyo'kan diri sendiri mengatakan aku xsuka die sebab tu la, sebab ni la, dan mulalah mengejar glamour memberitahu malaikat di kiri bahu kita, aku dh banyk buat dosa.

Sara Musfira said...

Terbaik kak. Tapi mana videonya?heee

mr kay said...

thanks for this video..
i heard this during wuhuu..

sampai sekarang masih tersentuh..
u,tri,wani dan syafiq memang bagus bersama...

Sara Musfira said...

Terbaik dari ladang kak :)

y said...

yang terbaik!! Terima kasih!

aen zahari said...

kagum dgan bakat akak....
saia ske sumer puisi akak..sumer best2...ag2 puisi kisah budak kecil dalam jamban....