Saturday, March 24, 2007

melankoli sang hati

menarilah jari!
tarikan sekian hati lara.
pada segala awan kebencian.
pada setiap hujan kepedihan.

tari biar gemalai.
maka sang penonton bersorak takjub.
sangkanya molek ditepuk pula tangan.
walhal hati tercemar duri.

perbetul sanggul kamu.
usah ingkar wahai mahkota hitam.
jemari, kisahkan yang terang.
diamkan yang malap.

tapi aku tak bisa, bangsat!
masakan mungkin ditari wajah cengeng?
sedang bahasa pun tersongsang
apa lagi membelit yang hak.

melankoli sang hati.
tapi jemari yang remang.
sebutan puisi ini hambar.
persetanlah kau jari-jari bodoh.

aku sebenarnya di kejauhan.
membungkus diri dari dunia.
kerana aku takut berdekat.
yang mana pasti tak selamanya.

2 comments:

opendra said...

kamu ada jari,
kamu ada hati,
kamu ada ilham dari illahi,
kamu tulis begini,
kamu tulis berwali,

tulis kamu igtkan aku tentang mati,
tulis kamu buatkan aku berpikir kembali,
dan tulis kamu amat sebati,
dan tulis kamu itu benar dari hati,

aku pegun dengn tulis kamu wahai pencipta tulisan ini..

(ur awesome)

opendra said...

aku tak kenal kamu,
kamu tak tahu aku,

tapi benda ini sesuatu aku pada kamu,