Saturday, December 18, 2010

lelaki

verse
biar sehancur mana
dia dicincang dunia
--tak mati

walau bertalu disiksa
jasadnya takkan meronta
--dia sudi

suka tak suka, tak beza
bibirnya duduknya sama
--tak duli

kalau tak tau jiwanya
seringnya dikeji nista
--dia gigih jadi lelaki


pre-chorus

terkadang aku kasihan
‘tah gimana dia bertahan di selalu
takkah lenguh dia berjalan
meski dalam sendiri dia tau yang sungguhnya dia sunyi


chorus

lelaki
sambutkan hormatku dari seluruh perempuan
moga nanti
datang hari untuk kau betul2 dihargakan

jatuh bangunmu
gagah lemahmu
tidur bangkitmu
tumbuh patahmu

setiapnya kerna perempuan


verse
biar dikata apa
dia tegak mendada
-- dia janji

selagi nafasnya ada
dia kan teguh bersama
-- dia masih jadi lelaki


pre-chorus
terkadang aku kasihan
‘tah gimana dia bertahan di selalu
takkah lenguh dia berjalan
meski dalam sendiri dia tau yang sungguhnya dia sunyi


chorus
lelaki
sambutkan hormatku dari seluruh perempuan
moga nanti
datang hari untuk kau betul2 dihargakan

jatuh bangunmu
gagah lemahmu
tidur bangkitmu
tumbuh patahmu

setiapnya kerna perempuan


verse
biar sehancur mana
dia dicincang dunia

-- tak mati.





sebab sudah terlalu banyak lagu yang memuja perempuan. bila lagi orang lelaki dapat dihargai.
lagu ini aku susun untuk rasa hormat pada lelaki. lagu ada di tepi.

Monday, November 22, 2010

betapa

dan betapa kosong jiwa ini;
sehingga air selautan tak memenuh haus aku,
awan selangit tak mengenyang lapar jiwa.

semoga malam2 masih membawa mimpi2 yang akan menyuap sedikit hauslapar yang ada.

Sunday, November 21, 2010

masih

berlumbalari sama bulan yang sedang berkejar2 untuk pulang;
sikit lagi, aku bilang.
sikit lagi.

aku masih mahu masa--
dia masih belum mahu pulang.

Thursday, November 04, 2010

degil kebal

kencang jantungku
terang nafasku

ketingku tegapkan
--menjadi tiang tak tersungkur dibatu

buang ngeriku
hilang ketarku

kepalku kukuhkan
--meraksa iman tak tergoncang dibatu

kencangterang jantung nafasku
buanghilang ngeri ketarku

keting dan kepal ini
lebih degil dari yang kau pernah tahu
tiang dan raksa ini
lebih kebal dari yang ku pernah tahu.

Monday, November 01, 2010

cinta hantu

lalu bagaimana ceritanya kita
kalau matamu tak pernah ada
kalau tanganmu tak pernah ada
sentiasa sendiri sahaja

aku cuma bercinta dengan hantu yang tiada
menampal wajah yang ada pada tubuh yang aku sangka ada
yang cuma ada hanyalah rasa
dan orang kata aku ini perempuan gila

bercinta dengan hantu saja
bercinta dengan hantu saja

aku ingin dipegang, dibelai dan disayang
aku mahu dipanggil-panggilkan "mari sayang"

aku rasa
sepertinya
aku ada hantu saja

bercinta dengan hantu itu tak semestinya indah;
obviously--
hello.

bercinta dengan hantu itu sebenarnya selalu buat aku marah;
seriously--
hello.

yang kita ada cuma sms
webchat pun tak pernah ada
aku cuma ada sesuatu yang aku pegangkan
cuma ruhmu saja

tapi aku mahu dipegang
aku mahu disayang
aku mahu mata kita bertentang
aku mahu kau panggil aku "sayang"

cinta dengan hantu itu tak gemilang
cinta dengan hantu itu buat aku rasa terbuang
cinta dengan hantu itu menyakitkan
cintai aku depan-depan

ambil tangan aku dan bawa berjalan
ambillah cinta aku dan bawa tinggi
ambillah tubuh aku dan kau pegangkan
sampai kita tua
sampaiku mati

aku tak sanggup bercinta semata dengan hantumu yang tak ada
aku tak mau itu semua
aku sendirian takkah kau rasa?





tentang bercinta tanpa bertemu. terlahir dari observasi pada seorang kawan. ye. freestyle. maka seperti biasa, tolong abaikan pitching. :) lagu ada di sisip tepi.

Friday, October 29, 2010

phoenix

(fynn jamal)

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

pasti kau hairan bagaimana selepas bertahun
aku tetap teguh, utuh, tak roboh, tekun, pegun
kau cipta aku untuk kau musnah di bila perlu
kau bina aku dengan tipu mimpi bohong palsumu

mungkin kau tak tau sepenuhnya yang aku ini
sebenarnya phoenix yang takkan pernah akan mati
ku sentiasa kembali
walau dibagi api
walau terhancur diri
tetap ku gagah berdiri

kalau kau fikir aku bodoh kerna mencintai
kau lebih bodoh kerana fikir aku akan pergi
lagi kau pedang aku
lagi kau pijak henyak sepak caci maki aku
lagi kebal rusukku

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

tak cukup buat aku mati
tak cukup buat aku mati


(emc shaz)

aku masih bernafas dan aku takkan lemas
dengan cabaran dugaanku hadapi ku takkan tewas
namun aku dibenci, dihina dan dimaki
ku akan gagah berdiri walaupun halangan menanti

ingin ku memberitahu kepada kau yang ku cintai
namun kau tak mengerti apa yang terpendam dalam hati
apa orang berkata akan ku tolak ke tepi
kerna engkau yang ku nanti dan ku terimpi-impi

my heart was hurt deep ya'll can listen to my heartbeat
the wound is getting deeper my blood is getting thicker
but i'm stronger than you, boo, you can't keep me away
my phoenix will be by my side you gotta step aside!


(fynn jamal)

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

tak cukup buat aku mati
tak cukup buat aku mati

mungkin sebenarnya
ku mahu percaya
yang mungkin bila kau lihat ini semua akan kau celik mata

mungkin satu masa
setiap setia
dapat memujuk kubu kerasmu untuk dibuka pintunya


(emc shaz)

everybody cursed me cuz i got no loyalty
it was you all along been cheating on me
you wanna fight fire with fire, come stab me with a knife
if that's what you want it come on give it a try!

you dead wrong if you think my phoenix gonna die
i'm still standing right here waving you good bye
all these years all the pain and the suffer i take
every breath you take you gonna regret when you're dead!!


(fynn jamal)

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

mati.



tentang degil untuk mengalah. lagu ada di sisip tepi.



---------------------

artists:
Emc Shaz (Flow Eazy) Featuring Fynn Jamal

lyrics:
Emc Shaz and Fynn Jamal

music:
Djey Ameyy

copyright protected:
Flow Eazy and Redeazy Studio'z

http://www.revernation.com/emcshaz
http://www.facebook.com/pages/lEMC-SHAZlOFFICIAL-PROFILE/129232734728
http://www.facebook.com/pages/fynn-jamal/108427339128
http://www.revernation.com/fynnjamal

---------------------

Saturday, October 23, 2010

bagaimana

bagaimana
untuk aku padamkan rasa yang aku ada
bila sentiasa kau ada di situ
untuk melukis setiapnya semula.

bagaimana
untuk aku pejamkan hendak yang sedang sunyi
bila sentiasa kau ada setia
untuk mencelik setiapnya kembali.

bagaimana;
kerana aku sudah terlalu kebas
dikejam rasa dan hendak yang ada sunyi.

bagaimana;
kerana aku sudah berjanji
untuk tidak lagi mahunya lagi.


aku tulis dari mata seorang kawan. semoga dia berhenti main lari2. kerana bahagia sudah ada depan mata.

Wednesday, October 06, 2010

air

aa~

jalan yang kosong,
bawa aku pergi.
jalan yang terlalu bolong,
bawaku terbang tinggi.

aku mau terbang ke langit tinggi
tapi tak bersayap--
--jatuh dan mati.

aa~

merasakan seperti aku ini tubuh yang kosong
merasakan aku ini sepertinya orang bolong
aku kosong dengan hidup
aku bosan dengan kuncup
aku mati sebelum usia
aku tua sebelum masa

aa~

pernah tak tidak kau hidup dan jalan?
pernah tak tidak kau mati dan bangkit?
pernah tak tidak kau hidup dan kontradiksi terjadi?
pernah tak tidak itu semua terjadi?

aku ingin bercerita tentang jiwa
aku ingin bercerita tentang rasa
tapi aku tak punya apa
tak punya apa
tak punya apa

aku mau mati dan dikebumi dengan rasa yang aku ada ini.

kalaulah aku ini sebuah elemen--
aku ini air
aku ini air
aku ini setenang2nya
aku ini seribut2nya

aku ini akan menembus kau sampai mati
aku kan memujukkan kau ke sini

aku ini air
aku ini air
aku ini air

aa~



freestyling, seperti biasa. aku main 2 chords, lalu aku minta orang2 kiri kanan berlagu sama. terima kasih suara2 yang bantu aku dari jauh. tentang rasa kosong. intipati lagu 'sepertinya' terlahir dari perasaan lagu ini.

kenapa 'air'? kerana itu adalah elemen yang paling menjelaskan manusia2 seperti aku.

aku tidak tahu pun wujudnya video ini sehinggalah ada yang memberitahu.
siapa2 yang mahu, klik
sini.

Sunday, September 26, 2010

mati kecut

tergigil aku yang mengkaku jasad
bersembunyi sunyi di celah meja kayu
begitu takut disedari dan dikasari.

sayangnya;
nafas terhenti di dalam sepi--

ketika sibuk mengkaku jasad
yang bersembunyi sunyi di celah meja kayu
kerana begitu takut disedari dan dikasari.

bukankah elok;
mati ditikam di perut depan
dari tersenyap dalam kecut.


kenapa kita begitu rela untuk mati tak berlawan, sedangkan kalau benar2 mahu terima untuk mati, bukankah cantik kalau dapat dibetah mereka walau sekali? kalau memang sudah diredha dikalah mati, berlawan sedikit-- mana ada rugi?

Thursday, September 23, 2010

menulis

bila semua menulis
sekadar kerana.
dan bila semua menulis
demi semata.

kalaulah diketahui yang menulis itu
bukan sekadar demi kerana semata.

menulis;
adalah menghiris halus hati
lalu memerah limau membisa ngilu--
dan bercerita tentangnya satu persatu.

bukan sekadar demi kerana semata.



menulis, biar jujur. kalau tak termampu, usah.

Wednesday, September 22, 2010

pedih

betapa rupanya
sakit dilanyak2 kaki jahat manusia pada kepala yang terkambus di tanah itu
tak sepedih
tidak diperasan kewujudan ini.


tentang mahu disedari.

Thursday, September 16, 2010

tapi

dibisiknya--

aku cinta
aku rasa
aku suria
aku purnama.

dibilangnya--

aku segala
aku luar biasa
aku ditunggu dia
aku jawapan pencipta.

dibilangnya pada aku di bisiknya--

aku mimpi dia
aku bayang dia
yang sudah ada
sekian lama.

tapi--
malangnya--
disambungnya--

aku ada tapi.


tentang menjadi seseorang yang dikatakan sang sempurna; namun dinafikan kerana sebuah 'tapi' yang tak terjelas apa. sbg contoh: "aku mahu kau, tapi..." atau "kita lengkap, tapi..."

soalan aku: bila sudah cukup, tetapi ada tapi, kenapa perlu dipanggil cukup? *senyum* setuju?

sampai cukup penuh

tidak sampai hati
--melumat hatinya.
tidak cukup hati
--memenuh hendaknya.
tidak penuh hati
--menyangkuk jarinya.

cerita hati;
takkan terfaham siapa2

utamanya
yang sudah hilang terlalu lama
yang sudah kering mencari tak jumpa.


tentang memahami pengkejam hati yang sebenarnya dikejami terlebih lama terdahulu.

Sunday, September 12, 2010

mana

dia sedang berdiri;
satu kaki di wilayah fizik
dan lagi satu --kerajaan mistik

dia sedang bermenung;
satu sayap sudah menyepah
dan lagi satu --sudah mencambah

dia sedang berkira;
satu suara memaksa pergi
dan lagi satu --memujuk mari

dia berdengus.

satu--
hati-- fizik--
menyepah--
memaksa pergi.

satu--
jiwa-- mistik--
mencambah--
memujuk mari.

berdiri,
lalu bermenung,
dengan berkira,
sambil berdengus;

yang mana.



pernah rasakan mimpi2 fantasi itu lebih jelas dari dunia nyata? benci, kan?

Friday, August 27, 2010

sedikit lagi

oh
tiba-tiba terbangun tersedar dari panjang
dan terjelas kembali degup jantung bergendang

ah
langit, laut dan bumi seperti menyorakku
semoga akan ada esok yang baru

kaki,
jangan kecewakan aku
teman aku sikit saja lagi
takkan aku daya berterus sendiri

sedikit saja lagi.

hati,
jangan kau berserah dulu
akan tiba apa yang dinanti
ku tak perlu takut berjalan sendiri

sedikit lagi.

oh
senyumku tak tertutup meski tubuh merapuh
harapku pada pagi mengutuh

ku belum mahu berhenti
walau terputus raksa
takkan ku serahkan jiwa ini



lirik utk lagu baru faan, "sedikit lagi". tentang harapan baru.

Wednesday, August 25, 2010

sepertinya

sepertinya aku ini jalan yang yang kosong
sepertinya aku ini kaca yang bolong

dan sepertinya tak ada siapa yang melihat aku di sini
dan sepertinya ada cahaya bila aku terus terbang tinggi ke atas langit jingga

sepertinya aku ini terhukum oleh tuhan kerna aku ini penuh dgn benci
sepertinya takkan ada sesiapa yang sudi bersama aku untuk memahami

sepertinya aku dipaksa untuk mati dan terus dihempas jatuh tak berkebumi
sepertinya takkan ada siapa pun yang sudi bersama menemani aku sampai pagi

kerna aku mahu sebenarnya ada peneman yang memeluk jiwa aku
yang meneman aku sampai biru

kerna aku begitu ingin merasakan dicinta seseorang itu
sepertinya aku ini bolong, kosong, lohong, semuanya
itu semuanya aku

kenapanya aku ini tak bisa untuk menyedari yang aku ini tetap bukan siapa2?
sepertinya
sepertinya

sepertinya aku ini debu yang tak punya harga apa
sepertinya aku angin yang tiada
sepertinya aku ini wujud tanpa adanya apa makna

maka untuk apa aku di sini?




lagu tercipta untuk mencerita rasa sayu hati yang sentiasa merasakan seperti tak wujud dan tak ada.
lagu tentang merasa dilihat kosong. terima kasih faan dan wan yang sudi meneman aku bermain bunyi. video sedang dimuatnaik. buat sementara, sila klik sini.

gbe - lagu tentang percaya

kadang2 hidup sendirian di atas muka bumi ini;
begitu menakutkan
begitu menyeramkan

kadang2 bila kita rasa semua org ada ramai di keliling kita
berapa org yang perasan sebenarnya kita derita?

terlalu susah untuk hidup sekarang
tersalah percaya--
hah, habis kau diserang

kepercayaan itu sebenarnya sudah ilusi
dalam dunia ini--
kita sendiri

sendiri

tapi di sekali-sekala yang bila kita sudah berikan hati kita
kita rasakan
"hey, yang ini memang aku boleh percaya"
"aku begitu percaya"

diambilnya hati tadi
dan dibelah2 dikerat mati
dibiarkan kita terus sendiri
terbengkalai sendirian lagi

maka bagaimana untuk kita percayakan pada dunia
bila dunia selalu membelakangkan kita?
lalu bagaimana kita mahu terus hidup
bila tidak ada sesiapa yang mahu memujuk kita--
--di saat derita
--bila kita gelita?

lalu aku katakan pada diri yang dunia ini memang sebenarnya begitu jahat
aku hilang kemanusiaan dalam diri
aku biarkan benci terpahat

aku pandang semua dan aku kata
"tak akan ada yang ku percaya"
"yang pergi semua terkenang"

lalu sebelum dunia memaling pada aku,
aku palingkan pada dunia itu
sebelum orang menghancurkan aku,
aku hancurkan dia dulu

aku mengharap pada dunia akan terus pejus dan terus mati
tapi di dalam;
aku sendiri

kita sebenarnya bencikan sesuatu kerana kita terlalu cinta
tapi apalah makna cinta bila tidak ada yang mahu menjaganya?




bilamana kepercayaan sudah habis dalam diri. bilamana hati sudah mula memberi salam pergi kepada bohong2 dunia. terima kasih faan dan wan atas kimia yang kalian kongsikan sama aku. terima kasih kerana tidak pernah tidak berkongsi euforia bunyi kamu2. video sedang dimuatnaik. buat sementara, sila klik sini.

Monday, July 19, 2010

ijab dan kabul iii

malam-malam dahulu yang biasa mengkejami sunyi kamarku
dan siang-siang itu yang selalu menjahati sepi jalanku,
berjagalah;
--muncul sudah pelengkap jiwa, si laksamana hatiku,
meneman gering dan kering aku, memimpin senyum dan tawa aku.


pantun2 serangkap yang pernah aku titip pada mereka2 yang mahu untuk hari dimeterai janji perkahwinannya. gunalah selagi mahu.

Sunday, July 18, 2010

ijab dan kabul ii

terjelas kenapa aku sentiasa diseorangkan tuhan,
sedari dahulu bersunyi di hati meski dikerumun ramai,
demi ditemukan dua kita yang selalu sesat dalam berjalan;

semoga ke bila-bila --biar nyawa memenggal kita berderai.


pantun2 serangkap yang pernah aku titip pada mereka2 yang mahu untuk hari dimeterai janji perkahwinannya. gunalah selagi mahu.

Saturday, July 17, 2010

ijab dan kabul

bila purnama itu kosong tanpa bintangnya
seperti mana mentari itu tawar tanpa hangatnya;
begitulah kita diikatrapat termaktub berdua.
semoga lama ke tua kita --terus ke syurga.


pantun2 serangkap yang pernah aku titip pada mereka2 yang mahu untuk hari dimeterai janji perkahwinannya. gunalah selagi mahu.

Thursday, June 03, 2010

garing

hati aku garing terjemur dek bohong engkau,
selamat terus menerik,
berbahagialah dan berjoget-joget.

esok hujan datang,
baru kau reti merasa kuyup.

Thursday, May 13, 2010

rupa-rupa

dia tersenyap di gigi kali --
ah rupa2nya, katanya.
rupa2nya.

dia terduduk di tinggung kaki --
ah rupa2nya, katanya.
rupa2nya.

betapa menyenyapkan
betapa mendudukkan
betapa meralatkan
betapa mengesalkan.

berjalan sudah separuh bumi
baru tersedar ada yang tinggal.

rupa2nya.
ah.
rupa2nya.

ini tentang menyedari akan sesuatu tapi selepas terlalu lama tidak diperasankan. hendak patah balik, tak tahu sempat, tak tahu untung tak tahu rugi. lalu apa yang patut dibuat? cuma duduk dan diam saja, kan? :)

Wednesday, May 05, 2010

kemanusiaan

kemanusiaan sebenarnya sudah lama habis
jiwa2 sebenarnya sudah terlalu banyak menangis
kita hidup dalam pembohongan kita hidup dalam kelalaian
kita kata kita bersatu untuk sesuatu yang bernama perjuangan

kita malu untuk mengaku
setiap yang terjadi ini sudah pun dirancangkan
kita malu untuk mengatakan
setiap ini sebenarnya satu permainan

kita suruh anak2 kita pergi berperang
tanpa senjata bagaimana mau berjuang
disedekahkan anak2 kita pada satu ideologi
tapi bisikkan ke telinga ini apa itu yang kau namakan seni

kemanusiaan sudah lama tewas
kita ketawa tetapi dalam hati sangat panas
sudah tidak ada apa yang lagi mau kita katakan harapan2
sudah tidak ada apa lagi semua itu, tuan2 puan2

kita cuma ada mimpi kosong yang akan nyata
cuma ada suatu yang kita nyanyikan sebagai pujangga
hey anak2 muda bangkit dan bangun sekarang
kita mampu menang walau tanpa senjata berjuang

tuhan itu sudah menjanjikan keadilan
dia sudah katakan dia yang maha mendengar maha mengasiahan

engkau cuma bangkit dan berdiri
cuma bangkit dan berdiri
minta apa saja kan diberikan semua
itu senjata kita
itu senjata kita
itu senjata kita

kemanusiaan takkan pernah ada
kalau kita bertopengkan binatang sahaja
kemanusiaan takkan ada
kalau kita cuma mahu hidup sendirian sahaja
sendirian sahaja
apa itu manusia kalau hidupnya ifrad sahaja
ifrad sahaja
ifrad sahaja

manusia,
kita harus bersama

bersama.


untuk video, klik sini. untuk malam puisi riong. antara memori yang tak mahu aku lupa. tentang kemanusiaan yang dilakon2 oleh rata2 manusia dewasa ini. saya bukan tidak sokong 1malaysia, tapi saya rasa itu semua tidak lebih dari olok2 saja.

notakaki: ifrad di situ saya maksudkan mufrad yakni individualistik

Thursday, April 29, 2010

embun

embun yang meneman aku sejak tadi malam
sudah mengering dan bertebaran kembali ke langit subuh.

takkan ku rindu.

kerna aku pasti, malam nanti akan datang semula
pada aku menjadi embun meneman lagi jiwaku yang rapuh.

Thursday, April 08, 2010

permata jarum

butir2 yang seolahnya permata terjelas
meluncur dengan deru paling buas;
tidak dizahir secara terus dan terus
cuma terperasankan bila diperhati.

bintil2 yang sepertinya jarum tertajam
menikam dengan pantas paling kejam;
tidak dinampak secara terus dan terus
cuma terperasankan bila diamati.

sesuatu yang tersungguh jujur
takkan terpandangkan walau sekelibat.
ikhlas tak pernah berkembar masyhur
sampai mati pun tak dibiar terlihat.

Tuesday, April 06, 2010

Thursday, March 04, 2010

"biar"

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti


untuk lelaki yang menjadikan aku aku. kerana cintanya. kerana marahnya. kerana sempurnanya. abah. lagu di tepi.

Tuesday, February 09, 2010

untuk sang malam

malam2 yang panjang
malam2 yang takkan habis;
khabarkan mana dia menghilang
lihatkan aku melutut mengemis

duhai malam, usah dengki
pulangkanlah dia kembali
ku tenggelam dalam sunyi
tanpa dia kamarku berduri

malam2 yang kejam
malam2 yang tak duli inginku;
bilah rindu yang terlalu tajam
kini rancak meratahi sisaku

duhai malam, lekas pergi
apa lagi hendak kau beri?
cukup kelam, cukup ngeri
gerun sungguh hidup bersendiri

seribu tahun mampu aku tunggu
tapi seribu tahun itu tak ada padaku
apa dia teguh di muka pintu
mengharapkan aku
memintakan aku--

seperti aku.

Thursday, January 21, 2010

mustahaknya

bersuaralah;

walau bila yang mampu
cuma diolah dari linang yang lalu.
mustahaknya;
disuara.

di apa jua bahasa terluahkan,
bersuaralah;

walau bila yang mampu
cuma diolah dari linang yang lalu.
mustahaknya;
disuara.

Tuesday, January 19, 2010

seratus lima puluh juta

untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”

di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:

“dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya--

aku lagi kenal dia”

dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"

di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--

saya kenal sayang saya”

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa

rahsia kita berdua



kerana apa yang kita rasa tidak ada perlu diheboh2 pada mereka2 yang mungkin lebih memilih untuk tidak mengerti. lagu ada di sisip tepi. tidak siap lagi. :)